Terpengaruh dengan bisikan ghaib... ibu campak bayi 10 bulan dalam sungai kerana asyik menangis

0

 



Seorang wanita yang berusia 38 tahun telah dituduh membuang bayinya yang berusia 10 bulan ke dalam sungai, menyebabkan bayi itu lemas. 


Kejadian tersebut berlaku di Tangerang, Indonesia pada 3 April lalu. Mayat bayi lelaki itu kemudian ditemukan terapung di Kali Kandang Gede, Bakung, di Kronjo, Tangerang. Kombes Pol Sigit Dany Setiyono, Ketua Polis Tangerang, menyatakan bahawa hasil siasatan mendapati tindakan wanita itu disebabkan tidak tahan dengan tangisan bayinya yang terus berterusan setiap hari. 


Wanita itu turut mengakui bahawa dia semakin tertekan dan letih akibat kerja rumah serta faktor ekonomi yang membelenggu.


"Ia juga disebabkan oleh ketiadaan suami yang bekerja di Jakarta dan sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi," tambah Sigit.


Menurut suspek, mangsa menangis tanpa sebab yang jelas.


"Disebabkan itu, suspek berasa geram dan marah, kemudian mengaku mendengar 'bisikan' untuk membuang anaknya ke dalam sungai.


"Selepas mencampakkan anaknya ke dalam sungai, suspek kemudian sedar dan cuba menyelamatkan bayinya.


"Bagaimanapun, air semakin deras dan anaknya terus dihanyutkan," ujarnya lagi.


Menurut Sigit, suspek juga telah menjalani pemeriksaan atau penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya.


"Berdasarkan pemeriksaan, individu terbabit sihat dari segi psikologi dan boleh menjawab soalan," kata Sigit.


Di bawah akta perlindungan kanak-kanak, wanita berkenaan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.


Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan


Sumber : mStar Online



Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)