Siti Jamumall kecewa netizen tuduh dia buat gimik bercerai semata-mata nak jual produk

0

 


Nama usahawan Siti Jamumall sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila mengumumkan bahawa dia dan suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman, telah bercerai.


Siti, yang juga dikenali sebagai Siti Suriani Wahiddin, 33, memutuskan untuk memberitahu pengikutnya di media sosial tentang perceraian itu untuk mengelakkan fitnah dan spekulasi yang tidak perlu.


Walaupun tidak mendedahkan punca perceraian itu, Siti tetap fokus dalam mencari rezeki untuk menyara kedua-dua anak lelakinya.


"Banyak orang buat fitnah dan komen yang buat saya terpaksa bercakap mengenai perkara ini. Ini dugaan, saya tidak mahu cerita lebih-lebih tapi saya sekarang ini adalah ibu tunggal.




"Saya cari rezeki untuk besarkan anak-anak saya, dua orang putera saya," katanya.


Siti berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.


Dalam pada itu, Siti menyangkal pendedahannya itu sebagai salah satu cara marketing dan ingin meraih simpati masyarakat bagi meningkatkan jualan produknya.


Kata Siti, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dibuat main namun reda ketentuan jodoh dia dan bekas suami berakhir dengan penceraian.


"Saya tidak mahu menangis atau minta simpati, tapi saya yakin diluar sana banyak ibu tunggal yang tengah kuat membesarkan anak-anak mereka.


"Saya buat live dan saya berniaga untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak saya. Saya tahu saya tak baik mana, banyak jahat saya," jelasnya.




Siti juga turut dilihat membalas komen ditinggalkan pengikutnya bagi menjelaskan pendedahan tersebut bukan cubaan menjual produk tetapi realiti yang terpaksa dilalui ketika ini.


"Punca kenapa, biarlah saya sahaja yang tahu. Jodoh, pertemuan ditangan Tuhan. Ini bukan content. Memang benar.


"Dalam Islam nikah, cerai, talak tak boleh main-main. Doakan saya kuat," katanya.


Untuk rekod, Siti dan Mohammad Syafiq mendirikan rumah tangga pada 2019.

Sumber : mStar Online


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)