Selagi tak berbogeI, saya rasa tak ada isu pun, kata Aliff Syukri

0

 



Datuk Seri Aliff Syukri, seorang usahawan kosmetik  sensasi, mempertahankan bahawa konsep muzik video (MV) lagu raya terbarunya, Cak Kun Cak Raya, hanyalah seni dan hiburan semata-mata.


Menurut Aliff, dalam MV tersebut tidak terdapat unsur bogel atau aksi seksi dan dia tidak melihat adanya isu dalam MV tersebut.


"Konsep yang diberi itu adalah daripada penata rias saya kerana dalam sebuah produksi, saya bukan kerja seorang saja. Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah. 




"Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun. Kalau kita tengok tarian gimnasium ataupun kolam renang, ada juga kan.


Aliff Syukri, yang menganggap dirinya sebagai artis nombor satu Malaysia, yakin bahawa banyak peminat yang menunggu lagunya. Beliau tahu bahawa untuk lagunya diterima di radio dan televisyen, ia perlu mematuhi syarat-syarat tertentu. 


Baginya, konsep MV Cak Kun Cak Raya hanyalah seni dan hiburan semata-mata, dan beliau tidak berbogel atau beraksi seksi dalam video tersebut. Beliau berkata bahawa baginya, pemilihan untuk tidak membuka aurat, berpegangan tangan dan memakai mekap hanya sekadar mengikut gaya seni belaka.




"Tolong bagi saya ruang untuk berkarya dan menghiburkan. Tolong terima saya sebagai artis. Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata. Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.


"Selepas ini akan ada juga penampilan artis lain yang mencuit hati. Tapi kalau tak mahu tengok, tak payah, langkau saja, tiada paksaan," katanya.


Dalam pada itu, Aliff memohon agar tidak membabitkan dan mengganggu keluarganya jika tidak berpuas-hati dengannya. Katanya dia terima saja segala cacian yang tak mampu dikawalnya.


"Terima kasih kepada yang mencerca, menghina, dan ada juga memuji. Sebagai figura awam, saya tak boleh nak halang atau lawan mereka. Cuma saya merayu satu perkara, jangan libatkan keluarga, isteri saya yang nak bersalin dah." katanya.




Terdahulu, Aliff cetuskan perdebatan ramai lagi selepas dalam MV itu, dia kelihatan menari dan diiringi sekumpulan penari. Mereka memakai set baju ketat lengkap bersamping serta songkok.


Tindakannya itu mengundang kemarahan ramai yang menganggap ia tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.


Sebelum ini, Aliff pernah dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan berhubung klip video lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)