Saya Sedar Saya Orang Biasa, Tak Ada Pengaruh, Kata Bekas Isteri Sam Bunkface

0

 



Bekas isteri, Aida Azira Hussin, 36, memilih tidak mengulas mengenai dakwaan dibuat Sam Bunkface dalam laman Instagram, Sabtu lalu.


Aida berkata, ia berikutan dia tidak mahu memanjangkan isu dan menyerahkan kepada mahkamah memutuskannya.


"Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi, sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan WhatsApp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan perkara ini.


"Saya juga tidak mahu melukakan mana-mana pihak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja perkara ini," katanya kepada BH Online.




Ditanya perasaannya berhadapan dengan urusan mahkamah sejak beberapa tahun ini, Aida menasihatkan setiap wanita mengambil tahu dan memahami undang-undang untuk kebaikan diri sendiri.


Dalam masa sama, Aida percaya orang ramai akan tahu kebenaran di sebalik isu dihadapi ini.


"Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.


"Kepada kaum wanita, tak kisahlah jika anda bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak, saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak sebagai wanita dan ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman.


"Insya-Allah, hakim dan peguam akan tahu hakikat sebenar, begitu juga orang sekeliling pun akan tahu juga nanti.


"Jadi, selagi boleh pertahankan, kita harus pertahankan hak. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak.




"Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak," katanya.


Terdahulu, Sam menerusi hantaran video di Instagram (IG) menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan.


Pada 28 Mac lalu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.


Aida yang bertugas sebagai penerbit tidak bersetuju dengan permohonan dibuat vokalis Bunkface itu, selain memohon bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.


Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.


Sumber : BH Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)