Pengguna Twitter Dakwa Sambal Khairul Aming Tak Sedap, Ada Yang Setuju?

0

 


Semua orang pasti mengenali Khairul Aming, personaliti media sosial yang terkenal dengan video memasaknya yang sangat menarik dan menggiurkan selera.


Khairul Aming juga mempunyai produk tersendiri iaitu Sambal Nyet yang telah mendapat sambutan hangat dan kegemaran ramai dengan jutaan unit terjual.


Namun, baru-baru ini, seorang pengguna Twitter mendapat perhatian selepas memberikan komen negatif mengenai rasa sambal buatan Khairul Aming dalam sebuah soalan berkaitan dengan makanan.




Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain dimana ada yang bersetuju sambal tersebut tidak sedap.


Kata seorang netizen dia menjangkan semakin lama pasti orang ramai akan beransur beli sambal tersebut namun jangkaannya salah kerana masih ramai yang membeli sambal tersebut.




Sementara itu, ada netizen mengatakan orang ramai membeli sambal tersebut bukan kerana ‘sambal’ berkenaan tetapi jenama Khairul Aming.


Dalam pada itu, ada segelintir mengatakan kenyataan individu itu sangat berani apabila mendakwa sambal Khairul Aming tidak sedap serta bertanyakan sama ada pernah rasa atau tidak.


Individu itu dilihat membalas dengan mengatakan dia sudah membeli sebanyak lima kali dan setiap kali dibuka ianya tidak pernah habis.


Melihat perkongsian lain, seorang netizen memberitahu ada yang mengatakan bahawa setiap ‘batch’ sambal dikeluarkan mempunyai rasa yang berbeza-beza dan disebabkan itu ada yang membeli lagi walaupun tidak sedap.





Malah, ada yang mengatakan, bukan sambal KA tidak sedap tetapi banyak lagi sambal lain yang sedap namun tidak popular dan sudah rezeki KA sambalnya kini popular.





Apa pun lain orang, lain citarasa mereka kerana ada sahaja yang memuji sambal keluaran Khairul Amin sedap dan memenuhi apa yang mereka mahukan.


SUMBER: Twitter  via gulapop

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)