Setelah anak-anak memberikan duit raya mereka kepada ibu bapa, wang tersebut sepatutnya disimpan dan dijaga sebagai simpanan anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan bahawa wang tersebut tidak disalahgunakan atau terguna secara tidak bertanggungjawab.
Sebaiknya, ibu bapa memberitahu anak-anak bahawa duit raya adalah wang yang mereka dapatkan dengan susah payah dan perlu dijaga dengan baik.
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), mengambil atau menggunakan duit raya anak untuk keperluan rumah tangga adalah satu tindakan yang berdosa.
Ia dianggap haram dan tidak dibenarkan dalam Islam. Jika duit tersebut digunakan secara tidak sah, ibu bapa perlu mengembalikan semula wang tersebut kepada anak-anak mereka.
Namun, jika terdapat keperluan yang memerlukan wang daripada anak-anak, seperti dalam keadaan kecemasan, ibu bapa boleh meminta izin daripada anak-anak terlebih dahulu dan perlu mengembalikan semula wang tersebut selepas keadaan kecemasan berakhir.
“Ambil duit anak buat belanja, hukumnya haram. Ramai orang buat dosa laguni (seperti ini), curi duit anak. Tak boleh.
“Yang boleh guna, pinjam sekejap jika terdesak. Contohnya bil eletrik yang akan dipotong. Masalah ini datangkan mudarat pada anak.
“Jadi boleh menggunakan duit raya anak untuk bayar elektrik tetapi wajib untuk membayar semula,” tegas Ustaz Azhar.
Diharapkan dengan perkongsian ini, ibu bapa dapat menunaikan amanah mereka dan tidak menggunakan wang anak dengan sesuka hati.