Sebelum ini, Siti Norhidayah, balu Allahyarham Abam Bocey, telah memohon bantuan orang ramai untuk mencari pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa dirinya dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah, terkena sihir sejak suaminya meninggal dunia.
Baru-baru ini, Mohd Azmier Zmier, abang kepada Hidayah, telah berkongsi di Facebook tentang keadaan anak saudaranya yang tidak dapat memegang sudu kerana menjadi mangsa sihir sejak masih bayi.
“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh.. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau buat anak ayah,”luahnya.
Mohd Azmier Zmier, abang kepada Siti Norhidayah memaklumkan bahawa anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah, telah menjadi mangsa sihir sejak bayi lagi.
Azmier menjelaskan bahawa Hamzah mengalami ketidakmampuan untuk memegang sudu dan terus diganggu setiap malam sejak kematian Allahyarham Abam Bocey.
Keadaan ini membuatkan Hamzah sukar untuk tidur lena dan teresak-esak, sehingga beliau kerap kali keluar masuk hospital.
Azmier juga mendakwa bahawa individu yang melakukan sihir tersebut masih menghantar sihir kepada Hamzah.
“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital,”tulisnya.
Dalam pada itu, Amier berkata dia tidak pernah memuat naik perkembangan mengenai Hamzah kerana bimbang individu tidak bertanggungjawab itu menyakiti anak saudaranya.
Tambahnya lagi, angkara sihir tersebut juga anak saudaranya terpaksa menanggung derita sehingga merosakkan sistem urat saraf Hamzah.
“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah.
“Apa ucuk aku buat pasal kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku,” katanya.
Sementara itu, Azmier berkata dia akan berusaha berikhtiar agar Hamzah kembali sihat dan pulih dari perbuatan syirik serta sihat seperti biasa.
Sumber : Rotikaya