Curang ialah pilihan, setia ialah tanggungjawab, nasihat Farid Kamil

0

 



Seperti saling berbalas, pelakon Farid Kamil sekali lagi menuai perhatian ramai apabila berkongsi petikan mengenai kecurangan dalam InstaStorynya semalam.


Dalam perkongsian tersebut yang dimuat naik pemilik nama penuh Farid Kamil Zahari berkenaan, curang disifatkan adalah jalan yang dipilih oleh seorang individu dan bukannya perbuatan yang tidak disengajakan atau tersalah langkah.


“Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan.


“Manakala, kesetiaan ialah tanggungjawab dan bukan pilihan,” katanya.


Bagaimanapun, pelakon filem Legenda Budak Setan itu tidak memberi sebarang bayangan petikan tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.



Semalam, isterinya yang juga pelakon Diana Danielle memberi bayangan menerusi perkongsian InstaStory bahawa Farid tidak mengenal dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu.



Kata Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, selepas hilang perasaan cinta terhadap suaminya itu, hatinya sudah tidak dapat lagi menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan diri terus dilukai.


Terdahulu pada 1 Syawal lalu, pengarah dan pelakon terbabit dilihat menyambut hari raya secara berasingan dan terpaksa memisahkan anak-anak mereka buat sementara.


Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.


Sebelum itu, pada 10 Mac lalu Diana mengejutkan industri hiburan negara apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.





Ketika sebutan permohonan cerai tersebut, mereka dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor untuk berdamai.


Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2012 itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua yang dijadualkan pada 25 Mei depan.


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)