Banyak preservatif dan garam, Dr Rafidah akui tak makan sardin dalam tin jual di Malaysia

0

 



Dr Rafidah Abdullah kembali menjadi perhatian netizen setelah dia membagikan tentang menu ikan sardin melalui Twitter pada hari Jumaat lalu. 


Dalam perkongsian tersebut, pakar perubatan itu menyatakan bahawa beliau tidak mengamalkan makan sardin dalam tin kerana kandungan preservatif dan garam yang tinggi.





"Ramai yang tanya saya pasal sardin. Saya tidak makan sardin dalam tin, apatah lagi menggorengnya. Makanan dalam tin banyak preservatif dan garam.


"Biasa saya makan ikan fresh sahaja, grilled. Betul tanggapan ramai," ujar Dr Rafidah kepada lebih 120,000 pengikutnya di Twitter.


Menerusi ruangan balas, Dr Rafidah bagaimanapun berkata, terdapat produk sardin di dalam tin yang bagus seperti yang biasa dibelinya di United Kingdom (UK).


"Canned sardines ada yang okay. Yang biasa saya beli di UK okay. Yang penting, baca kotak ingredient di tepi. Yang biasa kita dapat di Malaysia, saya tidak suka.


"Cuba check kandungan ingredients tepi can. Boleh buat keputusan sendiri. Kebanyakannya tidak sihat. Untuk pesakit dialisis, absolute no yang dalam tin. Banyak fosfat," ujarnya lagi.



Gambar hiasan

Tambah Dr Rafidah, harga sardin juga agak tinggi dan dia menasihatkan orang ramai agar mengambilnya dalam kuantiti sedikit.


Katanya lagi, ciapan itu bukanlah satu teguran, sebaliknya sekadar menjawab pertanyaan orang ramai.


"Saya tidak menegur sesiapa. Ramai yang bertanya, saya hanya menjawab," ciapnya lagi.


Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan pelbagai komen pada hantaran itu termasuklah yang kurang bersetuju dengan pandangan Dr Rafidah.


Malah, netizen turut mengaitkan ciapan Dr Rafidah dengan video terbaharu Khairulaming yang memaparkan menu masakan roti puri cicah sardin tumis yang dikongsi pada Khamis.


"Komen tu bagus. Tapi timing comment ni macam tak berapa kenalah.


"Kenapa ramai yang bitter ya? Sedangkan doktor suggest benda yang baik," tulis seorang lagi netizen.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)