PENAMPILAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menerusi muzik video lagu terbaharunya Chu Ku Chuk Raya yang memakai pakaian dengan corak khas Power Rangers mendapat kritikan hebat daripada netizen.
Warganet berpendapat pakaian tersebut tidak sesuai digayakan kerana merosakkan imej baju tradisional masyarakat Melayu.
Namun demikian, kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, dia memilih pakaian tersebut kerana ingin menyerlahkan tubuh badannya yang tegap dan sasa. Jelasnya, pakaian tersebut tidak menyerupai baju menyelam atau sut keluang man, sebaliknya, diinspirasikan daripada Power Rangers.
"Itu bukan baju renang, itu baju berbasikal yang saya ambil inspirasi daripada Power Ranges. Saya yang reka sendiri.
"Bagi saya fesyen itu universal, kenapa Aina Abdul pakai pelik-pelik netizen boleh terima? Apa kurang saya? Bila badan dah elok tak tunjuk itu rugilah, badan saya lawa," katanya.
Dalam pada itu, Aliff berpendapat sesiapa sahaja berhak untuk berfesyen dan tidak menjadi satu kesalahan selagi bukan berbogel.
Aliff sebaliknya berpendapat pakaian tersebut dilihat tidak senonoh mengikut pandangan dan pemikiran seseorang.
"Kalau orang anggap ia Iucah maka akan jadi Iucah kalau tidak dia biasa sahaja. Saya tak berb0gel!" jelasnya.
Meskipun mendapat kecaman namun lagu Chu Ku Chuk Raya itu masih lagi trending di YouTube dan berada di kedudukan kelima walaupun telah enam hari dilancarkan.
Malah muzik video itu juga telah ditonton seramai 528,000 dan miliki 5,543 komen yang ditinggalkan netizen.
Sebelum ini, Aliff memberitahu bahawa dia mempunyai vokal yang unik setanding dengan beberapa artis terkenal luar negara seperti Justin Timberlake dan Michael Jackson.
Dia juga menegaskan tidak kisah dikecam ramai sekali gus tidak ambil peduli jika ada pihak membuat laporan polis berhubung muzik videonya.
Sumber : mStar Online