Update terbaru di media sosial ibu Shila Amzah cetus tanda tanya netizen

0

 


Status terbaru Fauziah Sarman, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala yang didakwa berpoligami telah menimbulkan persoalan di kalangan warganet.


Fauziah telah menulis perkataan yang mempunyai maksud mendalam di Instagram pagi ini.


"Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH.


"Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH," luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything.



Bagaimanapun, status terbaru ini telah mencetuskan spekulasi sama ada ayat yang ditulis ditujukan kepada pihak lain atau hanya untuk mengingatkan dirinya sendiri.


Komentar-komentar dari pengikut Fauziah di Instagram menunjukkan bahawa terdapat maksud tersirat dalam ayat tersebut.


Beberapa pengikut juga mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia.


Harian Metro telah mencuba untuk menghubungi ND Lala semalam tetapi tidak berjaya mendapat sebarang balasan.



Percubaan untuk mendapatkan komen Shila melalui pembantu peribadinya Aini juga tidak berjaya kerana Shila dikatakan sibuk dengan persiapan konsert solonya di Plenary KLCC pada Sabtu ini.


Pada Isnin lalu, Harian Metro melaporkan bahawa seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular pada era 80-an dikatakan telah berpoligami secara rahsia.


Isteri barunya dikatakan masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)