Madu kepada pelakon Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib, 50, mengaku masih ingin mempertahankan rumah tangganya bersama suaminya, Rosland Othman, 50, meskipun perkahwinan mereka dilanda badai selama dua tahun.
Adibah menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk memfailkan perceraian dan masih menyayangi rumah tangga yang dibina selama 28 tahun walaupun suaminya telah berkahwin lagi dengan Miera Leyana pada Julai 2020.
"Sebagai seorang isteri, sudah tentu saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.
"Sememangnya, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah.
"Nafkah adalah tanggungjawab suami, jadi saya tidak perlu meminta-minta," katanya kepada BH Online.
Adibah mendakwa, Rosland hanya memberi nafkah sekiranya dituntut dan diberikan melalui orang tengah.
"Kami sukar berkomunikasi disebabkan nombor saya disekat sejak 21 September tahun lalu. Justeru, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.
"Saya tiada masalah untuk selesai dan berbincang secara bersemuka berhubung soal ini dengan Rosland.
"Pulanglah ke rumah dan bincang secara baik untuk capai kata sepakat antara kedua pihak," katanya yang ditemui selepas sebutan proses sulh di Mahkamah Syariah Putrajaya, di sini, pagi tadi.
Ibu kepada lima anak, Adibah Abdul Mutalib, 50 tahun, bersama peguamnya, Mohd Junid Ramli, hadir dalam prosiding Mahkamah Syariah Putrajaya terkait tuntutan nusyuz yang difailkan oleh suaminya, Rosland Othman, 50 tahun.
Walaupun rumah tangga mereka telah dilanda badai selama dua tahun dan suaminya berpoligami selepas berkahwin dengan pelakon Miera Leyana pada Julai 2020, Adibah tidak mempunyai niat untuk memfailkan perceraian dan masih sayangkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 28 tahun lalu.
Rosland yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd, tidak hadir dalam prosiding tersebut dan diwakili oleh peguamnya, Datuk Seri Amli Embung.
Prosiding seterusnya telah ditetapkan pada 14 April untuk proses sulh dan untuk menjawab pembelaan yang dibuat oleh peguam defendan.
Sebelum ini, Rosland pernah diperintah membayar kos RM500 kepada peguam dan isteri pertamanya kerana gagal hadir dalam prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu.
Sumber :Berita Harian Online