Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengan Dia Atas Katil, Kata Syamsul Yusof

0

 



Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof mengungkapkan perasaan cintanya kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang masih kukuh walaupun sudah berkahwin dua.


Dalam satu temubual eksklusif dengan Astro Gempak, Syamsul menafikan dakwaan bahawa dia tidak menghargai isterinya yang pertama dan hanya mementingkan isterinya yang kedua.


"Sebenarnya saya sangat sayangkan Sarah. Dia isteri yang baik dan penyayang. Dia juga ibu yang hebat kepada anak-anak kami. Saya tahu saya bukan suami yang sempurna dan saya ada banyak kekurangan. Tapi saya cuba untuk menjadi lebih baik dan menjaga hati kedua-dua isteri saya," katanya dengan penuh ikhlas.


Syamsul juga berkata dia mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan Sarah dan tidak mahu bercerai dengannya.


"Saya tidak pernah fikir untuk bercerai dengan Sarah. Saya masih cintakan dia dan mahu hidup bersamanya hingga akhir hayat. Saya harap dia dapat memaafkan saya atas segala kesilapan saya dan memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki hubungan kami," tambahnya.




Syamsul juga menegaskan bahawa dia akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada kedua-dua isterinya dengan adil dan saksama.


"Saya akan berusaha untuk memberi nafkah batin dan zahir kepada Sarah dan isteri saya yang kedua. Saya juga akan berlaku adil dalam hal-hal lain seperti masa, kasih sayang dan perhatian. Saya percaya ini adalah ujian dari Allah SWT kepada saya dan saya akan lalui dengan sabar dan redha," ujarnya.


“Nak buat macam mana, saya masih sayangkan dia. Saya masih nak selamatkan (rumah tangga) lagi. Walau buruk sekali pun isteri saya, tak kisah sama ada Sarah atau Ira, dia tanggungjawab saya.


“Saya harus bimbing mereka walaupun saya tidak sempurna, saya tetap kena bimbing dia juga,” katanya.


Menerusi sidang media khas itu juga, dia mahu berbincang secara peribadi dengan Sarah dan bukannya dengan cara menghebohkan di media sosial.



“Saya masih mengharapkan lagi untuk kita berbincang macam mana. Bukan dengan cara pergi mahkamah dan uar-uarkan di media sosial.


“Ada jalan yang lebih baik daripada kita nak terus membuka aib sesama sendiri. Ini bukan satu pertandingan. Cerita rumah tangga, urusan dalam kain. Macam seronok sangat. Adakah ini satu hiburan kepada Sarah?


“Dan jangan lupa saya masih suami dia lagi walau apapun, eng of the day, saya akan tidur dengan dia diatas katil, dengan dia (Sarah). Bukan dengan wartawan, bukan dengan netizen,” katanya.


Difahamkan, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.


Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)