Tunggu masa sesuai, Dini Schatzmann nak dedah berita besar tentang Janna Nick

0

 


Selepas diumumkan bahawa mereka telah berpisah, pasangan pelakon Dini Schatzmann dan Janna Nick telah memilih untuk tidak membincangkan isu tersebut ke hadapan umum. 


Walau bagaimanapun, Dini, yang berusia 29 tahun, memberitahu bahawa dia akan mempunyai sesuatu untuk dikongsi mengenai hubungan mereka dalam masa terdekat.


“Sekarang ini memang tiada jawapan untuk sebarang persoalan tentang kami. Saya pun tidak boleh beri sebarang kenyataan. Tetapi ada satu berita besar yang akan kami kongsi dalam masa terdekat.


“Perkara ini adalah perihal peribadi antara saya dan Janna. Jadi tunggu sahaja masanya untuk kami kongsikan,” katanya.



Dini telah dijumpai semasa majlis Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada hari Ahad. 


Dia menafikan dakwaan bahawa hubungan mereka sebelum ini bermasalah sehingga terpaksa berpisah. Dini menyatakan bahawa dia dan Janna Nick masih berhubung baik sehingga kini.


“Kami tidak pernah bergaduh sehingga putus hubungan. Apa pun yang berlaku, kami akan sentiasa menjadikan sesuatu ke arah positif.


“Saya dan Janna tidak pernah bermasalah. Kami sentiasa baik sahaja. Masih ada berlakon sama dan juga di bawah pengurusan sama,” jelasnya.


Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa pasangan tersebut telah berpisah dan Janna Nick pergi bercuti ke luar negara kerana kesedihannya. 


Dalam sesi temu bual dengan media sebelum ini, Dini menolak untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya terutama tentang hubungannya dengan Janna.


Kini, Dini menyatakan bahawa dia lebih terbuka dan berharap peminat bersabar menanti berita terbaru yang akan dikongsi tidak lama lagi.



Tambah Dini mereka bukan sengaja mahu mengelak untuk bercakap soal peribadi cuma menunggu masa sesuai berkongsi kepada orang ramai.


“Semua perkara ada perancangan dan ikut masa yang sesuai termasuk kisah peribadi. Sekarang bukan masa yang terbaik untuk kami kongsi.


“Ada beberapa perkara yang berlaku membuatkan kami rasa ia belum sesuai untuk diceritakan,” ujarnya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)