"Tolonglah biarkan isu ini berlalu" - Kecoh satu Malaysia isu dia cuba sondol lelaki orang, ini jawapan matang dari Sophia AlBarakbah

0

 


Kontroversi membabitkan pelakon cantik, Sophia AlBarakbah yang dikatakan cuba menyondol Aliff Aziz masih lagi hangat.


Baru-baru ini pelakon itu dikatakan tidak hadir pada sidang media drama terbaru lakonannya.


Bella Astillah yang merupakan isteri keada Aliff Aziz tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Sophia.


"Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang pc? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.


"Kenapa saya berani bagi statement sebab ianya sahih. Saya tiada plan nak bagi apa-apa statement dah tapi bila saya tengok Sophia pun bagi statement hari ini konon tak nak involve satu Malaysia.


"Tapi inilah sebabnya dia tak akan involve satu malaysia," itulah tulis penyanyi dan pelakon Bella Astillah menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, dimana dia mempersoalkan tindakan heroin drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah', Sophia AlBarakbah tidak hadir ke sidang media drama berkenaan, di sini, hari ini.


Melihat pada mesej perbualan berkenaan, Sophia telah meminta maaf kepada Bella dan ingin memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan mengganggu suaminya.



Dalam masa sama, Sophia turut merayu supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada ibu bapanya dan juga umum selepas mengaku tersuka suami orang.


Menurut Bella lagi, dia mahu bertemu dengan ibu bapa pelakon itu, namun Sophia merayu kepada Bella agar isu tersebut tidak sampai kepada orang tuanya.


Sophia yang sepatutnya hadir di sidang media itu akhirnya tidak muncul. Ia hanya dimaklumkan wakil produksi dikenali sebagai Farid kurang 15 minit sebelum sidang media berkenaan bermula.


Menurut Farid, Sophia tidak dapat hadir akibat pertukaran jadual penggambarannya. Dalam sidang media tersebut, hanya Aliff yang muncul.


Tambah Bella, dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut, namun status yang didakwa ditulis wanita itu mengundang rasa kurang senang kepada dirinya.


"Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia, tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia," katanya.





Menurut Bella, apa yang dikongsikan itu baru sedikit: "Ini baru 10 peratus," tulisnya.


Dalam hantaran lain pula, Sophia menjelaskan, dia tidak mahu orang terus bercakap mengenai isu tersebut dan mahu ia berlalu, selain tidak melibatkan satu Malaysia.


"Tak naklah orang terus bercakap fasal isu ini sebab sekarang I tengah shooting drama dan kita fokus buat terbaik. Tolonglah biarkan isu ini berlalu. Benda boleh diselesaikan antara pihak terlibat. Taknak libatkan satu Malaysia," antara perbualan dalam mesej menerusi WhatsApp.


Bella yang membalas mesej berkenaan tetap bertegas mempertahankan haknya dan berani untuk bersemuka sendiri dengan ibu bapa Sophia bagi menyelesaikan masalah antara mereka.


Bagaimanapun, Sophia menghalang niat tersebut atas alasan bimbang dengan tahap kesihatan bapanya yang menghidap sakit jantung.


Sumber : myartis.com


Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)