Tak muncul sidang media drama, Aliff Aziz minta Sophia Albarakbah muncul beri penjelasan

0

 



Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tidak melihat pendedahan isterinya, Bella Astillah berhubung seorang aktres cuba menggodanya sebagai cuba memperbesarkan isu sebaliknya hanya menjelaskan situasi sebenar.


Aliff menyatakan bahawa dia sebagai suami sangat mengenali karakter Bella dan sebelum Bella membuka mulut, mereka sudah berbincang dan menyelesaikan isu tersebut dengan matang. 


Aliff juga mengatakan bahawa dia dan Bella terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara dengan rasional dan matang. 


Aliff percaya pada Bella dan yakin bahawa Bella tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan tanpa memastikan kebenarannya terlebih dahulu.



Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama baharu TV3 bulan Februari yang diadakan di Park 28, Mutiara Damansara, Damansara pada Rabu.


Dalam pada itu, Aliff berkata, meskipun tidak menyebut nama individu berkenaan namun dia percaya peminat sudah dapat meneka siapakah pelakon wanita yang dimaksudkan isterinya sebelum ini.


Ini kerana kata Aliff, ketika ini dia hanya berlakon dalam sebuah drama iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah bergandingan bersama aktres Sophia Albarakbah.


"Saya rasa tidak perlu saya sebut siapa nama pelakon wanita tersebut sebab ramai sudah tahu. Isteri saya pun tidak menyebut mana-mana nama, jadi lebih baik kita biarkan perkara itu begitu sahaja," katanya.


Mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan, Aliff tidak menafikan ia berpunca atas kesilapan diri sendiri yang lalai menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.


Aliff berkata, dia menganggap isu tersebut sebagai satu teguran daripada Allah agar tidak lali menjaga iktilat.


"Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Pada awal penggambaran, kami tiada sesi bacaan skrip jadi kami terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama," katanya.


Sementara itu, Aliff enggan kontroversi ini berlarutan dan demi menghormati isteri, dia akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Mimaland itu.



Bagaimanapun, Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan kemelut yang sedang hangat diperkatakan netizen.


“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.


“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” katanya.


Dakwaan Aliff curang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.


Terdahulu, penyanyi Bella Astillah mendakwa seorang pelakon wanita yang turut berlakon bersama suaminya, Aliff Aziz berulang kali menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya.


Malah, pelakon berkenaan sanggup menghantar mesej kepada Bella dan mengakui suka kepada Aliff.


Bagaimanapun, tanpa menyebut nama siapa pelakonnya, nama Sophia dipetik dan akaun Instagram miliknya turut menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen mengecam kerana terpalit dalam rumah tangga Aliff dan Bella.


Sumber : mStar Onlin

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)