Baru-baru ini kecoh satu video di tiktok yang memaparkan seorang usahawn pencuci mulut yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pekerja sebuah pasar raya kerana tidak membantunya membawa barangan yang dibeli.
Kau beli 5K barang ada troli en ? Kedai kau barang kecik2, ada troli ? Kau boleh lah cakap oh kau hargai tolong angkat apa semua. Kedai kau tu jual barang kecik2. Lotus tu barang2 besar siap dengan troli, bukannya tak ada troli. Lain lah kalau tak ada troli, amenda kau ni ? https://t.co/YQAx676i70 pic.twitter.com/g1gIeifhbS
— cotilinapumpumsakuranatashahudsonkencangnyaangin💨 (@si_shorty) February 2, 2023
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan ramai mengecam usahawan berjaya itu. Susulan dari kejadian tersebut, wanita cantik itu yang lebih dikenali sebagai Kieda tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya meluahkan rasa kesal terhadap pekerja pasar raya itu.
Tambahnya lagi, dia turut mengakui silapnya melawak dengan menggunakan nada suara kasar yang tidak boleh diterima oleh segelintir pihak.
“Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan ton suara yang semua tak boleh terima, Mengaku silap Kieda minta tolong yang ada di sekeliling pada waktu itu.
“Salah Kieda sebab tak bawa ramai staf,”ujarnya.
Dia bagaimanapun menafikan dia menggunakan kata-kata kasar sebaliknya dia cuma minta tolong untuk meringankan bebannya sahaja memandangkan staf pasar raya kerap membantunya tidak ada sewaktu datang membeli.
“..selama Kieda pergi beli barang di sana, memang akan ada dua orang abang Melayu kita dan seorang warga asing yang selalu tolong kami. Depa tahu kami jenis beli barang banyak, setiap kali beli, susu penuh satu van.
“Bila nampak team Kieda pi, depa sendiri nak tolong kami, sedangkan depa pun tak dibayar gaji untuk bantu kami.
“Tapi, tak ada rezeki hari kami pergi sana, abang yang selalu tolong tu tak ada…. Kieda minta tolong saja staf-staf yang ada di tepi (bukan juruwang), semua jawab tak boleh. Jadi, kami tolak sajalah sendiri, tak ada pun maki paksa orang,”ceritanya.