‘Satu Tak Cukup’ - Syuhada tampil bisnes online, pilih berdikari dari hadap bantuan sesiapa

0

 


Walaupun perceraian masih belum disahkan di mahkamah, tetapi isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak menunggu lama untuk bangkit dengan kehidupan baru malah sudah memulakan perniagaan secara atas talian.


Shuhada, yang berusia 29 tahun, memilih untuk hidup berdikari dan berniaga dengan nama "Satu Tak Cukup by Shuhada Shukri" dengan harapan ia dapat membantu menyara kehidupannya bersama dua anak tanpa bergantung pada belas kasihan orang lain.


"Terima kasih atas sokongan dalam perubahan hidup yang paling mencabar ini. Seperti yang semua sedia tahu, saya akan memulakan hidup sebagai ibu tunggal.


"Saya berani cakap saya tidak pernah bersemangat seperti sekarang ini. Tamparan hebat ini buat saya yakin kena lebih kental dan berdikari. Saya akan lalui semua ini.



"Saya pilih untuk bina sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada pihak berkenaan. Azam ini bukan sementara. Ini azam mutlak," katanya.


Shuhada meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad yang turut disertakan dengan foto dua cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.


Tambah Shuhada, dengan memulakan perniagaan itu juga, dia berharap dapat mengubah pandangan sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal sepertinya hanya mengharapkan bantuan orang lain.'


“Saya di sini untuk mengubah persepsi buruk orang pada single mother. Saya mahu keluar dari pandangan skeptikal manusia yang kata ibu tunggal selalu jadi orang yang meminta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak.


“Saya bukan datang dari keluarga berniaga, tetapi beruntung ada sahabat yang tidak kedekut ilmu. Jadi saya yakin boleh beri yang terbaik,” jelasnya.



Kisah kelam kabut dalam rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang hangat diperbincangkan sebelum ini telah mencapai kesudahannya apabila pelakon itu mengumumkan talak melalui panggilan telefon pada hari Rabu.


Isu ini bermula apabila Hafidz dituduh melakukan pengkhianatan dan kemudian muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada yang mengaku pernah mempunyai hubungan dengan pelakon tersebut, tetapi berjanji untuk tidak meneruskan hubungan tersebut dan meminta maaf kepada Shuhada dan anak-anak mereka.


Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada telah berkahwin pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang anak, iaitu Humairah, yang berusia 6 tahun dan Umar, yang berusia 2 tahun.


SUMBER :mSTAR ONLINE

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)