Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dilakukan, kata Ali Puteh

0

 


Pelawak Ali Puteh meluahkan perasaan kecewa apabila beberapa barang yang ditemui di rumah Allahyarham Abam seperti taburan garam kasar, daun bidara, dan bangkai haiwan dicemari oleh sindiran netizen.


Ali, atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berusia 34 tahun, berkata bahawa masyarakat mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu kerana ia tidak berlaku kepada mereka sendiri.


"Tertawalah dengan sindiran komen tentang taburan garam dan bangkai. Ada yang mengejek ini sebagai lucu. Ada yang menganggap ini rekaan. Ada yang menulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.


"Ini bukan hal yang lucu bagi kami sekeluarga. Jangan buat main hal tentang barang-barang ini," ujarnya.


Ali berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.


Pun begitu, ruangan komen hantaran berkenaan dimatikan dipercayai kerana enggan diganggu dengan sindiran netizen.


Dalam pada itu, Ali memberitahu dia juga telah 'memulangkan' semula barang berkenaan kepada pemiliknya.


Malah dia turut berharap agar dosa pemilik barangan yang dihantar ke rumah berkenaan diampunkan.


"Pada si penabur barang-barang itu, jangan risau kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dilakukan.


"Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang, bukan handal dengan ilmu aniaya orang," katanya lagi.



Sebelum ini, Norhidayah Mohd Ali, isteri kepada Abam, mengunjungi rumah tempat dia dan Allahyarham Abam pernah tinggal di Gombak setelah tiga tahun pemergian pelawak tersebut.


Namun, menurut Hidayah, kunjungannya ke rumah tersebut tidak diterima dengan baik oleh keluarga suaminya kerana tidak diakui meskipun beberapa kali memberikan salam.


Untuk pengetahuan, pada Mei 2020, Hidayah memfailkan tuntutan fitnah terhadap Ali berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh pelawak itu melalui akaun Instagramnya, yang antara lain menggambarkannya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.


Melalui perkongsian itu, Ali didakwa membuat tuduhan bahawa Hidayah adalah seorang isteri yang jahat dan tamak harta benda pusaka suaminya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)