Sebuah video yang tular memperlihatkan pelakon Zul Yahya berjalan seorang diri dengan kelihatan sedang menghadapi masalah, dan ia telah menimbulkan simpati daripada netizen di media sosial.
Isteri Zul, iaitu Siti Raihan Mohd Rodzi, telah memberikan maklum balas mengenai rakaman video tersebut dengan memberitahu bahawa suaminya dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Raihan menambahkan bahawa Zul hanya sedang menenangkan diri dengan berjalan-jalan sendirian pada pagi tersebut.
"Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah... tiada apa-apa.
“Mengenai video itu, tak ada apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Terdahulu, seorang pengguna TikTok memuat naik video mempelihatkan Zul Yahya berjalan bersendirian tanpa diketahui tujuan.
Menerusi ruangan kapsyen, netizen itu meminta orang ramai agar menghulurkan bantuan kepada bekas pelakon itu sekiranya bertemu dengannya.
"Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan kaki dari pukul 4 pagi sampai sekarang, 8.30 pagi. Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.
"Sekarang ini masih ada dalam negeri Perak. #masalahkeluarga," tulisnya.
Sementara itu, Raihan memberitahu hubungan rumah tangga mereka berada dalam baik-baik sahaja.
"InsyaAllah, hubungan kami tiada apa," ujarnya.
Untuk rekod, Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada 2007.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam anak yang tiga daripadanya adalah perempuan.
Sumber : mStar Online