Sejak berkahwin dengan Fatin Afeefa, Aliff Awang yang lebih dikenali sebagai Opai hangat dibualkan sehingga ada netizen melabelkan dia sebagai ‘red flag’.
Terbaru! Sebuah tweet viral diterbitkan oleh seorang individu yang mengatakan bahwa Opai hanya seorang broker biasa dan bukan pedagang saham.
Individu itu juga mengatakan bahawa Opai menghasilkan pendapatan dengan memberikan isyarat saham kepada pengikutnya untuk untuk menyeleweng.
Dia ni orang kaya baru ke? pic.twitter.com/21LoXrsEmd
— al (@ciraplaici) January 29, 2023
Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu turut didakwa telah menipu pengikutnya dan individu yang mendedahkan itu berharap agar kebenaran bakal terbukti serta dapat keadilan.
Biarpun mendakwa Opai sebagai seorang penipu, ada juga netizen yang mempertahankannya dengan berkata dia merupakan seorang broker berdaftar.
Berikut adalah komen dari netizen
Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada perkara yang dikatakan ini benar ataupun tidak.
Kredit: Twitter @Vaikosa
Artikel dari Oh!Media