Bukan RM100,000 Tapi Harga Pagar Yang Dibayar Bekas Tunang Hanya RM30,000, Kata Zarina Anjoulie

0

 


Seperti yang kita tahu, ikatan pertunangan antara Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey sudah terputus di tengah jalan walaupun pada hantaran di media sosial baru-baru ini ramai netizen perasan pasangan ini sebenarnya masih saling mencintai sesama mereka.


Sebelum ini Khazrul ada menyatakan dia sudah membantu pelakon itu membina pagar rumah yang berjumlah RM100,000.


Menerusi artikel di Ohbulan! , Anju atau nama sebenarnya Zarina, telah menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi di TikTok dan mengatakan bahawa Khazrul hanya membayar sebanyak RM30,000, bukan seperti yang telah dihebohkan sebelum ini.

@imyoursbestie Bagus anju ni wlupon dh putus tp die tetap appriciate n tak lupa jasa ex dia… Kesian pulak kt anju ni.. Xpelah anju, ramai lagi yg beratur tu nk kt anju 🫣 #anju #zarinaanjoulie #puteranordanish #puteranordanish #anjoulielavocah1 #fyp @Zarina anjoulie ♬ Sial - Mahalini


Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, pelakon berusia 35 tahun ini tetap bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh Khazrul.


"Betul, pagar tu wujud. Kos pagar yang berjumlah RM100,000. Tapi harga yang dibayar oleh bekas tunang saya hanya RM30,000."


"Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur. Terima kasih dekat bekas tunang saya. Tak kisah dia bayar RM30,000, RM10,000, RM5,000 ke, tetap jasa dia saya kenang."


"Walaupun kalau dia tak belanja saya pagar itu, dia belanja saya makan minum, dia belanja yang lain pun saya tetap berterima kasih."


"Saya ini kalau orang belanja nasi lemak sebungkus pun saya kenang, saya berterima kasih."



Anju juga memberitahu kepada peminatnya yang dia dan bekas tunangnya kini sudah berbaik semula sebagai kawan.


"Terima kasih Abot (Elzey). Tak kisah berapa dia dah habiskan, saya tetap hargai sebab itu saya tak panjangkan pergaduhan ini sebab saya hargai apa yang dia dah buat."


"Apa-apa pun kita dah berbaik. Saya dengan dia pun dah happy sebab kita dah berbaik sebagai kawan. Kita tetap putus tunang tapi berbaik sebagai kawan sebab kami berdua nak move on."


SUMBER : OHBULAN!

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)