Serasi Sedondon Bergambar bersama MK, netizen 'tersakiti' tegur Puteri Sarah jangan ‘sondol’ pakwe orang

0

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Puteri Sarah Liyana, seorang selebriti paling popular di media sosial sehari dua ini selepas kontroversi rumahtangga yang

melanda dia dan suaminya, Syamsul Yusof yang telah berkahwin dengn Ira Kazar.


Mungkin ingin melupakan seketika masalah yang melandanya, selebriti cantik itu baru-baru ini berkongsi momen sewaktu pergi ke konsert sulung pertama penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan di Malaysia.



Memetik perkongsian dari OMM, perkongsian beberapa foto pelakon drama Andai Itu Takdirnya bersama penyanyi MK K-Clique atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan mencuri perhatian ramai.


Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram, aktres berusia 38 tahun itu kelihatan sangat jelita berbusana serba hitam bergambar bersama MK yang turut tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.



Entri berkenaan menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen di mana ramai memuji keserasian Puteri Sarah bergambar bersama rakan artis sewaktu hadir ke konsert Cakra Khan.


Tidak kurang juga ada yang ‘bitter’ dengan mengaitkan foto berkenaan dengan status rumah tangganya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang baru sahaja berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.


Mereka  mengatakan kemesraan dan kebahagiaan yang ditunjukkan oleh aktres tersebut patut dibalas dengan kecurangan Syamsul dan mencari wanita lain.


Tidak kurang juga ada yang menasihati Puteri Sarah supaya tidak mencari masalah sehingga boleh merosakkan hubungan MK bersama teman wanitanya.

Nampaknya Puteri Sarah pun penyondol bf orang..

Bukan itu sahaja, pemilik akaun palsu dikenali ‘tapak sulaiman’ menambah minyak dalam api membara dengan mengatakan Puteri Sarah juga seorang penyondol dalam perhubungan seseorang.

“Nampaknya Puteri Sarah pun penyondol teman lelaki orang…Ops,”komennya berserta emoji monyet tutup mulut.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah tampil bersuara dan membidas semula kenyataan berbaur fitnah berkenaan dengan memaklumkan ibunya, pembantu peribadi dan pengurusnya turut ada bersama sewaktu bergambar bersama MK.


“Kalau nak menyondol, dia tak tunjuk depan orang ramai kat konsert. Untuk pengetahuan, ibu saya ada di sebelah, pembantu peribadi saya, pengurus semua juga berada di sebelah. Sila cuba lagi,”jawab Puteri Sarah.


Puteri Sarah pun bawa ibu tau!


Rasanya bukan Puteri Sarah sahaja yang bergambar dengan lelaki lain sewaktu hadir ke mana-mana konsert dan kongsi di media sosial. Ramai lagi artis wanita di luar sana masih berstatus isteri kongsi gambar bersama, malah ada yang tunjuk kemesraan daripada itu, namun tidak pula ditegur oleh netizen.


Sumber: Instagram @puterisarahliyana via OMM
Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)