Pelajar yang menyewa kondominium yang berdekatan dengan KLCC dan berjaya menahan diri daripada godaan untuk berbelanja boleh dikatakan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti memiliki tujuan kewangan jangka panjang, menetapkan anggaran bulanan, dan mengelakkan pembelanjaan yang tidak perlu.
Walaupun berada di kawasan yang sibuk dengan pelbagai pilihan hiburan dan pembelian, beliau mungkin telah menyedari bahawa pembelanjaan yang berlebihan boleh menjejaskan kewangan jangka panjang dan mengalihkan perhatian daripada tujuan belajar yang lebih penting. Oleh itu, beliau mungkin telah membuat keputusan untuk mengelakkan aktiviti shopping dan fokus pada pelajaran dan tugasan yang harus dilakukan.
Memetik artikel dari mStar, seorang pelajar universiti yang sedang menjalani latihan praktikal menjadi perhatian di media sosial kerana menyewa di sebuah kondominimum di pusat bandar Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian video di laman sosial, gadis berkenaan melakukan house tour sambil memaklumkan rumah yang disewa itu terletak berdekatan dengan KLCC.
Umum mengetahui kadar sewa bagi unit kediaman di kawasan segi tiga emas di ibu negara adalah tinggi sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Nur Fadhlin Sakina Azami berkata, dia merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, Terengganu.
Baru berusia 24 tahun, pelajar tahun akhir itu baru menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di ibu negara sejak Mac lalu.
"Ya, saya menyewa di kondo dekat KLCC. Hanya lima minit jalan kaki ke KLCC. Tapi saya perlu naik LRT untuk ke tempat internship (latihan praktikal).
"Saya cuma berjalan kaki kira-kira 10 minit ke Stesen LRT KLCC dan jarak ke tempat kerja saya hanya tiga stesen sahaja," katanya ketika dihubungi.
Lebih mesra disapa Keyna, dia mendedahkan bahawa kadar sewa bulanan di sebuah kondominium berdekatan dengan mercu tanda negara itu adalah sekitar RM3,000.
"Saya akui kadar sewa mana-mana rumah dekat KLCC memang mahal. Jujurnya, saya mengenali tuan rumah dan saya berpeluang untuk dapat kadar sewa yang berbaloi.
"Bagi saya, apabila balik kerja penat-penat mesti nak rehat dengan selesa. Ia bukan sekadar rumah, tapi a home yang memerlukan keselesaan," ujarnya sambil menambah rumah yang disewa mempunyai tiga bilik dan boleh melihat KLCC dari kediaman itu.
Anak kelahiran Kuala Terengganu itu mengakui ramai salah faham apabila dia yang berstatus pelajar mampu menyewa unit kondominium dekat KLCC.
"Saya bukan sekadar pelajar, tapi sebenarnya melakukan macam-macam bisnes. Tapi mungkin orang hanya nampak saya buat bisnes di TikTok saja dengan review produk.
"Tapi saya juga melakukan bisnes lain berkaitan dengan pelaburan, termasuk produk makanan tambahan dengan pendapatan bulanan lebih RM6,000," katanya yang juga merupakan content creator di media sosial.
Keyna yang mempunyai lebih 330,000 pengikut di aplikasi TikTok memberitahu, dia turut mendapat sokongan kewangan daripada ibu bapanya.
"Saya bukan orang berada, tapi Alhamdulillah dapat hidup selesa. Mak kerja sebagai pengetua sekolah, ayah dah pencen dan ada bisnes homestay dan kedai printing," tambah duta produk penjagaan kulit itu.
Walau bagaimanapun, Keyna tetap berusaha dan melakukan pelbagai bisnes bagi menjana pendapatan sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa dan elaun latihan praktikal semata-mata.
"Apabila kita nak sesuatu dan mahukan lebih, kita kena kerja keras. Tiada siapa yang boleh bantu melainkan kita sendiri kena berusaha.
"Apabila ada pendapatan sendiri, kita lebih bebas nak buat pilihan dan lebih mudah untuk rancang kewangan.
"Cabaran menyewa dekat KLCC adalah godaan shopping sebab saya suka shopping! Saya juga suka belanja untuk makan. Mujur rakan serumah rajin masak, bantu saya kurang belanja di luar,” katanya yang juga boleh memasak makanan harian seperti masak lemak dan ayam masak merah.
Sumber : mStar Online