Menantu Zainal Abidin Mahu tuntut cerai, dakwa suami halang jumpa anak

0

 


Belum reda isu beristeri dua yang melibatkan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan, tiba-tiba muncul pula konflik rumah tangga yang melibatkan anak sulungnya, Mohd Zaiza dan menantunya, Suzur Sofia. 


Isteri kepada Mohd Zaiza, 37 tahun, Suzur Sofia Smeth Jaya, 32 tahun, mendedahkan hubungan mereka sedang berdepan masalah apabila dia mendakwa dihalang dari berjumpa dengan dua orang anaknya.


“Hati saya sangat sedih kerana sebelum ini sudah biasa dengan anak-anak. Sekarang pergi kerja pun tak tahu khabar mereka.


“Bila bertanya khabar tentang anak-anak, saya hanya mahukan jawapan tentang hal tersebut. Janganlah jawab perkara yang tidak sepatutnya dan cuba mengelak.



“Saya penat sebab kerja. Janganlah dera mental saya. Tolonglah beri kerjasama. Saya hanya mahu berjumpa anak-anak,” luah Suzur Sofia kepada mStar merujuk kepada suaminya.


Sofia, yang juga seorang pramugari, menceritakan bahawa kemelut rumah tangga mereka telah berlarutan sejak sekian lama namun dia tetap bertahan demi anak-anak. 


Dia juga mendakwa mempunyai bukti untuk didedahkan kepada mahkamah. Walaupun terikat dengan jadual kerja yang padat, Suzur menyatakan bahawa dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan sentiasa memastikan keperluan mereka lengkap sebelum bekerja. 


Disebabkan tidak dapat berjumpa dengan dua orang cahaya matanya itu, Suzur terpaksa meminta kerjasama pihak sekolah untuk menghantar gambar anak-anaknya bagi melepaskan rindu.



“Saya ini seorang mualaf, keluarga pula jauh di Miri, Sarawak. Jadi memang tiada siapa di sini. Selama ini saya bertahan dalam perkahwinan sebab anak-anak.


“Kalau awak (Zaiza) sayangkan keluarga ini, awak boleh berubah dalam tempoh tujuh tahun kita berkahwin. Tetapi awak masih sama. Hanya kita berdua sahaja yang tahu apa masalah sebenar dan saya akan bawa semuanya ke mahkamah,” jelasnya


“Saya terpaksa minta sekolah hantar gambar anak sebab terlalu rindu. Itupun anak yang pertama kerana dia kini sudah memulakan pra-sekolah. Anak kedua pula, saya akan minta ibu saya jadi orang tengah untuk video call. Ada masa dijawab namun selalunya diabaikan,” luahnya.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)