Menantu Zainal Abidin bengang suami tuduh curang kerana kerjaya pramugari

0

 


Kerana bekerja sebagai pramugari, menantu jurulatih bola sepak bekas, Datuk Zainal Abidin Hassan atau lebih dikenali sebagai Suzur Sofia, dituduh curang oleh suaminya, Mohd Zaiza Zainal Abidin.


Menjawab tentang tuduhan itu, Sofia atau nama sebenar Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, berkata bahawa selama enam tahun dia bekerja sebagai pramugari, pendapatannya digunakan untuk membesarkan dua anak mereka.


“Kalau disebabkan pekerjaan saya ni dia anggap saya curang... pekerjaan inilah yang bela anak kami selama enam tahun.



“Saya bagi anak saya makan, minum, pakai, pelajaran dan kesihatan semua saya beri pada anak-anak.


“Kerja pramugari ini dia cakap saya curang, mana buktinya? Tunjuklah pada saya,” katanya kepada mStar.



Pada masa yang sama, Sofia juga berkongsi perkembangan pertama prosiding kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Klang pada Isnin.


Dalam prosiding tersebut, mahkamah menetapkan tarikh 23 Februari akan datang untuk perbicaraan seterusnya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)