Tak dapat tahan sebak, air mata Mira Filzah gugur teringatkan Amir

encik gotenks
0

Pengalaman pertama kali berjauhan daripada cahaya mata sulung ternyata memberi impak mendalam kepada pelakon Mira Filzah sehingga mengalami bengkak mata akibat menangis.

Mira atau pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, 'terbang' ke pulau peranginan popular di Indonesia iaitu Bali bagi menjalani penggambaran promosi sebuah jenama pakaian.

Ibu kepada cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang berusia tiga bulan itu menerusi perkongsian di Instagram melalui detik mencabar berikutan perlu mencuri masa mengepam susu badan mengikut jadual.

"Hari pertama penggambaran mata saya menjadi bengkak kerana malam sebelumnya sempat membuat panggilan video dengan Amir (sambil) menangis.

"Ini pun kali pertama tinggalkan Amir untuk lima malam. Selepas ini ada lagi beberapa kali 'outstation'. Lagi jauh, lagi lama. Hari pertama saja (begitu), hari kedua dan seterusnya sudah okay sikit.

"Tak tahu lah nak bawa balik susu macam mana untuk penerbangan berbelas jam. Semoga cukup lagi bekalan susu dekat rumah bila 'outstation' nanti. Semoga Mama pun kuat!" tulis Mira.

Dalam pada itu, Mira turut memuji golongan ibu yang mampu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu dan kerjaya dalam masa yang sama.

Malah, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menzahirkan kekaguman terhadap golongan ibu di sebalik kesibukan tetap dapat menyediakan bekalan susu ibu secukupnya untuk bayi mereka.

"Pengalaman kerja di luar sambil pam susu bukan senang. Cuuri-cuuri masa nak pam, kadang-kadang tengok jam sampai terlepas waktu., Tahu-tahu sudah enam jam belum pam susu lagi!

"Faham tak perasaan itu? Dengan bawa macam-macam barang ke sana sini, pek ais, beg penyejuk lagi. Kagum sungguh dengan mereka yang sibuk bekerja tetapi masih boleh teruskan ikut rutin mengepam susu," kata Mira.

Katanya, ibu berkerjaya yang menyusukan anak berdepan cabaran tambahan apabila wajib bergerak membawa alatan penyimpanan stok susu.

Selain itu, golongan ibu juga perlu peka menyusun jadual supaya tidak berdepan masalah bengkak payudara.

Terdahulu, Mira dan suaminya yang juga arkitek, Wan Emir Astar, 32, mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)