Sudah lebih dua tahun tiada 'job', pernah tiada wang untuk makan, kata Hazami

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan hanya sekadar hiasan

"Saya sudah lebih dua tahun tiada 'job' (tawaran nyanyian)".

Itu kata penyanyi Hazami, 47, yang terkesan teruk ekoran penularan C0vid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2020.

Hazami berkata, pelbagai kesukaran dilalui hingga terpaksa mengikat perut, sewa rumah tertunggak dan banyak lagi.

"Sebenarnya saya juga terkesan dengan pandemiik C0vid-19. Saya tiada duit nak makan, malah rumah saya juga pernah tidak dibayar sewa selama empat bulan. Duit dalam bank tinggal RM200 saja. Ia berlaku pada awal tahun lalu.

"Tapi saya jenis senyap dan tidak bercerita. Saya diamkan saja, dan baru ini saya berkongsi. Saya memang menerima royalti dari penulisan lagu saya, tapi disebabkan pandemik, sistem semuanya terganggu, jadi duit tidak masuk.

"Tapi semuanya sudah okay sejak Januari lalu. Cuba bayangkan saya tiada gaji tetap, jadi bila setiap bulan duit kena keluar, duit simpanan pun boleh habis kerana bukan sekejap kita lalui PKP," katanya.

Menurut Hazami, kesusahan itu membuatkan dia terfikir untuk menjual piano kesayangannya bagi menampung kehidupan.

"Adik-beradik banyak membantu. Ketika ujian berlaku, saya tak tahu apa nak buat hingga menelefon semua persatuan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan Recording Performers Malaysia (RPM), serta syarikat penerbitan saya, menyatakan saya memerlukan duit.

"Mereka memberikan saya 'advance' atau pendahuluan dan duit itu semua dimasukkan dalam tempoh tak sampai 24 jam. Malah, rakan-rakan dalam industri ramai yang ambil tahu dan membantu seperti Datuk Hattan dan Kak Jee (Fauziah Latiff).

"Sebenarnya saya tak mahu menagih simpati orang. Ketika saya sakit dulu pun, saya diam. Perangai saya memang tak suka susahkan orang. Ketika pandemik, bukan saya seorang saja terkesan, malah satu dunia. Kalau saya fikir saya susah, ada lagi yang lebih susah. Jadi saya terima ujian saya seadanya," katanya.

Terbaharu, Hazami menjadi antara penyanyi legenda yang terbabit dalam program Terpaling Juara bersama Ifa Raziah dan Rahmad Mega serta tiga peserta yang dipilih daripada uji bakat yang diadakan.

Program ini bakal mula bersiaran pada 21 Ogos, dan disiarkan secara langsung pada setiap Ahad, dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9 malam.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000..

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)