Sepatutnya JDT beraksi 10 pemain saja, kata Subkhiddin

encik gotenks
0

Bekas pengadil bertaraf Fifa, Subkhiddin Salleh menganggap sepatutnya Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi dengan 10 pemain dalam aksi Liga Super antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Jelas tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil Fifa itu, terjahan keras pemain tengah JDT, Hong Wan ke atas Syafiq Ismail pada minit ke-75 sepatutnya berakhir dengan layangan kad merah sekali gus pelawat bakal kekurangan pemain berbaki 15 minit aksi itu.

"Blue-6 (Hong Wan) berlari dari satu jarak dan melakukan aksi sliding tackle pada kelajuan tinggi.

"Blue-6 gagal mengawal badannya yang terus 'menggelongsor' dan menyebabkan 'force' berterusan di point of contact lawannya.

"Kaki Blue-6 lurus dan penggunaan stud adalah jelas semasa tackle dilakukan. Saya berpendapat Blue-6 bersalah untuk kesalahan serious foul play dan kad merah sepatutnya diberikan," katanya di laman Twitter miliknya.

Dalam aksi itu, JDT berjaya meraih kemenangan hasil ledakan Bergson da Silva di minit ke-32 manakala Fernando Forestieri menggandakan kelebihan JDT pada awal babak kedua.

Terengganu merapatkan kedudukan di minit 51 hasil sepakan percuma cantik Hakimi Abdullah yang tepat menuju ke sasaran, namun keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Ujar bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu lagi, intensiti perlawanan itu cukup tinggi lantas pengadil seharusnya peka dengan setiap sentuhan pemain di atas padang.

"Untuk itu kita perlu melihat kepada beberapa pertimbangan. (Pertama) tahap kelajuan dan intensiti semasa melakukan cabaran.

"(Kedua) di udara, di tanah atau tidak ada kesempatan untuk mengawal badan. (Ketiga), adakah cabaran melibatkan penggunaan 'stud' semasa ianya dilakukan?

"(Keempat), 'point of contact' dan adakah 'force' berterusan. (Kelima), adakah cabaran tersebut membahayakan keselamatan lawannya?," katanya..

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)