Saya tahu dia memang 'love' fesyen macam tu, tapi kali ni nampak macam plastik sampah sangat, kata Sajat

encik gotenks
0

"Saya tahu dia memang 'love' fesyen macam tu, tapi kali ni nampak macam plastik sampah sangat."

Demikian kata usahawan kontroversi Nur Sajat mengenai penampilan penyanyi Aina Abdul pada KL Fashion Week 2022 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Difahamkan, kemunculan Aina dengan menyarungkan busana hitam bersaiz besar dan menutup seluruh anggota badan kecuali muka itu adalah rekaan pereka Behati dan kehadirannya bagi memberi sokongan kepada jenama itu yang mengambil bahagian pada acara berkenaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik pengguna aplikasi TikTok @bu4y4gebu, Nur Sajat meluahkan rasa sedih kenapa Aina memilih untuk tampil dengan rekaan sebegitu.

"Saya ada komen. Saya tengok ada satu fesyen ni, ini antara artis kesukaan saya, tapi datang untuk 'fashion week' tu, Ya Allah.

"Aina, kenapa jadi macam tu. Janganlah pakai plastik sampah. Kau ni sangat slogan 'marilah kita menjaga alam sekitar, 'recyle' barang anda'. Saya tengok pun, janganlah sampai macam tu. Bolehlah nak pakai hitam kembang kembang, tapi janganlah sampai bungkus," katanya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen Instagram Aina, ramai memuji penyanyi lagu Semalam itu kerana berani dan yakin tampil dalam persalinan yang dianggap unik atau pelik.

"This is aina abdul," komen @m.alif_aiman.

"Menutup segalanya, love," komen @aisyaayangyouu.

"Ni ok lah 'cover' semua terus," komen @amirvnazimm.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)