Seperti yang kita sedia maklum, harga barang sejak dewasa ini memang menerima kenaikan ekoran dari ekonomi yang tidak menentu terutamanya selepas pandemik c0vid-19 yang melanda dunia.
Harga barang keperluan utama seperti ayam dan lain-lain juga tidak terkecuali.Namun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sepatutnya agar keadaan ini tidak membebankan pengguna dan peniaga.
Netizen juga tahu jika harga makanan terutamanya yang siap dimasak akan turut menerima kesan dari kenaikan harga ini namun janganlah sampai ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Baru-baru ini viral satu perkongsian di media sosial yang telah dimuat naik oleh Nurul Az yang meluahkan perasaan kecewa apabila dia yang berhenti makan di salah sebuah kedai makan di Port Dickson telah dikenakan dengan caj yang sangat tidak boleh diterima akal.
Menurut wanita itu lagi, dia boleh terima kalau tempat yang dia makan itu adalah restoran, namun ianya agak mengecewakan kerana kedai itu hanyalah kedai yang disewa dengan majlis MPPD.
Beliau kecewa apabila teh o ais yang dipesannya di caj dengan harga RM5, tambahnya lagi kedai tersebut tidak memaparkan pula harga.
Dia terkejut kerana dikenakan caj sedemikian rupa dan kalau dipaparkan harga siap-siap senanglah dia nak atur bajet.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen sependapat dengan wanita tersebut iaitu harga yang dikenakan sangat-sangatlah Yahudi.
Ada juga yang menulis, sebelum ini dia cuma mendengar khabar angin yang mengatakan ramai pengunjung ke Port Dickson mendakwa harga makanan di sana sangat mahal.
Ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa harga Teh O Ais itu sangat tidak masuk akal? adakah ianya menggunakan serbuk teh yang diimport khas?
Netizen juga turut kecewa kerana kedai tersebut yang sepatutnya memaparkan harga makanan supaya pelanggan boleh memilih pilihan mereka.Bukan dah makan baru tahu harga.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : FB Nurul Az