Orang ramai risau lihat pernampilan terbaru Aliff Syukri yang nampak tidak terurus, menangis teresak-esak

encik gotenks
0

Selepas membuat hantaran ingin berundur dari media sosial, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pula video dia menangis teresak-esak meminta maaf semalam.

Permohonan maaf itu ditujukan kepada ibunya, Rozita Ibrahim, isteri dan pengikutnya di media sosial.

"Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya. Saya memohon maaf banyak-banyak.

"Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman sosial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media sosial saya, Facebook, Myspace.

"Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kasih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Aliff menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya menari dengan penyanyi Baby Shima.

Sebelum itu Aliff dia juga sudah terkena tempias makian netizen disebabkan hantaran lagu terbaru membabitkan individu kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.

Dalam sedutan terbabit, dua individu itu terkinja-kinja di sebuah majlis kenduri di kampung.

Disebabkan kontroversi demi kontroversi itu, ibunya tampil membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.

Bagaimanapun, aksi itu masih jadi bahan usikan netizen yang menyifatkan penyesalan itu cuma sementara.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Alif bagi mendapatkan komennya tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)