Menurut kajian, Semakin ramai golongan belia bawah 22 tahun lakukan hubungan intim sebelum kahwin

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Semakin ramai golongan belia di negara ini didapati melakukan hubungan seks secara aktif termasuk individu berusia bawah 22 tahun pada tahun ini berbanding enam tahun lalu.

Perkara itu didedahkan melalui Tinjauan Kesihatan Sekksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang dijalankan secara dalam talian pada April serta Mei lalu.

Kajian itu membabitkan 1,089 responden berusia antara 18 hingga 30 tahun, dengan 51 peratus daripada mereka adalah belia Melayu.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Tiffany Tang berkata, hasil kajian mendapati sebanyak 35.4 peratus golongan belia mengakui pernah melakukan hubungan sekks iaitu meningkat hampir 20 peratus berbanding hanya 18.8 peratus pada 2016.

"Sebanyak 62 peratus belia pula mengaku pertama kali melakukan hubungan sekks pada usia 22 tahun ke bawah, berbanding 42 peratus pada 2016.

"Selain itu, hasil kajian juga mengesan salah faham meluas terhadap jangkiitan sekksual (STI) dan kehamiIan apabila 31 peratus responden mengaku tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan sekks.

"Kira-kira 31 peratus responden juga masih percaya mitos bahawa wanita tidak boleh hamiI sewaktu tempoh haid," katanya pada majlis pelancaran kempen #cometogether yang diadakan di Jalan Sultan, di sini, semalam.

Tiffany berkata, tinjauan itu dijalankan bagi mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai kontraseptif, STI, stigma dan persepsi berkaitan sekks.

"Kita mengharapkan lebih banyak perbincangan berkaitan sekks dan seksualiti diadakan secara terbuka dalam usaha mewujudkan ruang selamat kepada golongan belia.

"Ini penting supaya mereka tidak takut berkongsi pengalaman dan sekali gus boleh mendidik diri untuk bertanya soalan berhubung sekks.

"Justeru itu, kita melancarkan kempen #cometogether bagi memberikan nasihat, maklumat bersesuaian dengan usia dan kemahiran diperlukan mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)