Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut 'Baby Sayang' nyanyian duetnya bersama Baby Shima di Instagram ahli perniagaan berkenaan.
Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, Rozita meminta anaknya itu supaya memadam video klip berkenaan dalam tempoh 24 jam.
"Ni baiklah mak (ibu) warning (beri amaran) mak malu. Percayalah... tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content (kandungan media sosial).
"Mak suruh kamu delete (padam), tak nak delete (padam) video mencabar nampaknya. Ini merosakkan generasi kita yang sepatutnya jadi contoh kepada mereka," katanya menerusi hantaran itu.
Rozita turut meluahkan kesedihannya dengan perbuatan Aliff Syukri dan meminta anaknya itu supaya tidak memalukan keluarga mereka.
"Malu ialah sebahagian dari iman, nasihat itu pakaian dan makanan roh. Teguran Mak Kri (Aliff Syukri) tidak mahu ikut - tak kasihan kepada kami.
"Mak terpaksa post (muat naik) dekat sini secara terbuka, apa Kri buat memalukan mak... jujur mak tidak mahu malukan Kri, mak cuba nasihat dekat belakang," katanya.
Rozita dalam hantaran itu turut merayu kepada Aliff Syukri supaya memadam video klip berkenaan yang menyebabkan keluarga mereka dicemuh dan dihina netizen.
"Kasihan pada arwah abah, nenek... Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete (padam).
"Kri hanya ada mak je (saja) orang tua - pandang Ida (isteri) - anak-anak - kami tak bersalah kri , nak ke mak atau Ida maati kerana tertekan," katanya.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro