Lelaki ini kena curah dengan milo depan orang ramai sebab curang?

encik gotenks
0

Sudah menjadi lumrah, setiap insan di dunia ini ingin bertemu jodoh dengan pasangan yang setia dan ikhlas mencintainya. Namun langit tidak selalunya cerah, kadang-kadang selepas 110% kita bagi kasih sayang dan kesetiaan namun apa yang dibalas? curang?

Di depan semuanya manis, sanggup berjanji setia sehidup sema.ti namun dibelakang keluar dengan orang lain.

Baru-baru ini viral satu video dilaman sosial yang memaparkan seorang wanita ini secara tidak sengaja terserempak dengan teman lelakinya sedang bersama wanita lain di kedai makan.

Menerusi video yang berdurasi 19 saat itu, seorang lelaki dilihat sedang makan bersama seorang wanita didatangi oleh wanita dipercayai teman wanitanya dari belakang.

Tidak menunggu lama, wanita tersebut mengambil cawan minuman di atas meja dan terus menuang air milo di kepala lelaki berkenaan.

Dapat dilihat teman wanitanya sedang bercakap mungkin berang dengan kecurangan teman lelakinya, namun wanita bersama lelaki itu bangun untuk beredar dari kedai makan berkenaan.

Video tersebut turut tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen berpuas hati dengan tindakan wanita itu. Malah, ada yang mengatakan ini barulah tindakan dengan menyerang lelaki terlebih dahulu.

Tidak kurang juga ada yang tidak faham dengan pasangan yang berlaku curang, jika tidak serius dalam perhubungan jangan bercinta.

Tidak ingin menunding jari kepada sesiapa kerana video itu terlalu pendek, kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Namun dalam perhubungan ini, kunci utama adalah setia, dan bercinta bila dah betul-betul bersedia bukannya sekadar untuk mengisi masa lapang

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Gulapop

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)