Hanya mampu bertahan selama empat hari, saya memang tak boleh berpisah dengan instagram, kata Aliff Syukri

encik gotenks
0

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dirinya 'kaki drama' dan suka membuat 'gimik murahan' semata-mata untuk mendapat perhatian ramai hingga tular di media sosial membabitkan perkara berbaur kontroversi.

Baru-baru ini, Aliff Syukri, 35, yang menangis sakan ketika bersiaran langsung di media sosialnya membuat pengumuman akan mengundurkan diri daripada 'dunia maya' selepas berhadapan tekanan teruk akibat kecaman.

Beliau juga berhasrat menjual 'followers' seramai 4.3 juta di Instagramnya dengan harga RM500,000. Bagaimanapun, dia akhirnya dilihat kembali semula aktif di media sosial selepas beberapa hari mengundur diri.

"Bermain Instagram adalah hobi saya dan sebenarnya saya memang tak boleh berpisah dengannya (Instagram). Saya hanya mampu bertahan selama empat hari saja dan saya berasa sunyi apabila tidak membuka media sosial.

"Ketika itu (pengumuman), saya terasa hati dan tak boleh terima apa yang emak saya katakan kerana ia amat mengaibkan dan menghina diri saya. Jadi, air mata keluar dan saya kata, tak apalah aku 'left' semuanya (dari media sosial).

"Tapi, saya tak kata pun sampai maati atau selama-lamanya tinggalkan media sosial. Saya cuma kata, saya akan henti di sini, undur diri. Namun, saya hanya boleh tahan untuk empat hari saja tidak membuka media sosial, walaupun dah lari jauh-jauh dalam hutan, tepi pantai, namun tetap tak boleh," katanya.

Aliff Syukri berkata, dia berasa amat sunyi kerana berseorangan selepas lari daripada emak, isteri dan anak-anaknya.

Menurutnya, dia rasa tak boleh hidup apabila tiada media sosial. Katanya, dia memang tidak boleh jika tidak bermain Instagram.

Tambahnya, apapun dia menyanyi kerana hobi dan ingin mengejar impian bergelar penghibur. Namun, jelasnya apa yang diterima daripada rakyat Malaysia adalah kecaman, caci maki dan segala usaha dilakukan itu tidak pernah dihargai.

"Orang kata suara saya macam itik lah, macam keldai, macam lembu, tapi saya tahu saya ada bakat itu dan peminat-peminat saya menanti-nantikan suara saya, lagu saya. Termasuk, saya ada dapat 'offer' tiga ke empat lagu daripada beberapa syarikat rakaman nak tandatangan kontrak dengan saya.

"Tapi saya 'hold' dulu sebab saya buat lagu sebagai hobi dan saya tahu saya penyanyi nombor satu. Sebabnya, lagu saya tak ada dapat nombor dua setakat ini di internet. Jadi, ke tepi ke tepi artis nombor satu nak jalan kerana saya terus maju ke depan," katanya lagi.

Aliff Syukri juga menegaskan dia tidak membuat kontroversi untuk tujuan pemasaran produknya. Cuma, katanya dalam soal ini sekarang, kenapa semua orang dilihat tidak boleh menerima dirinya sebagai seorang artis.

"Apa kurang saya, nak kata tak lawa, dah lawa. Nak kata hidung tak mancung, dah siap dah. Tapi, kenapa tak boleh terima bakat saya. Sejujurnya, semua yang saya lakukan bukan sebab gimik, cuma nak rakyat Malaysia terima bakat nyanyian saya," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)