Pengacara kontroversi, Azwan Ali, 56, memaklumkan keadaan kesihatannya merosot, sejak tiga bulan lalu akibat terkena sihir yang didakwanya dilakukan oleh individu dikenali dalam industri.
Bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, memilih untuk tidak menyatakan nama artis berkenaan lantaran enggan menimbulkan kenyataan berbaur fitnah.
“Saya baru baik daripada terkena sihir. Ini bukan cerita rekaan. Pada awalnya, saya fikir, kesakitan pada bahagian kaki normal, selain fikiran sering bercelaru dan resah.Apabila pergi ke hospital, doktor yang merawat memaklumkan tiada apa-apa.
“Saya juga cuba dapatkan khidmat pakar refleksologi. Selang dua hari saya jumpa dan setiap sesi perlu bayar RM70. Kiralah sendiri berapa duit dah habis untuk dapatkan rawatan sejak tiga bulan lalu.
“Itu pun tak elok-elok juga sehingga saya cuba berubat dengan seorang ustaz. Dia beritahu saakit yang dirasakan bukan saakit biasa, tetapi akibat sihir,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Selain itu, kongsi Azwan, saakitnya bertambah teruk pada minggu akhir menjalani rawatan alternatif, malah bahagian kakinya terasa seperti ditiikam-tiikam.
“Alhamdulillah, semuanya sudah semakin baik dan saya juga kembali pulih. Tuhan bagi kita otak untuk berfikir apa cara terbaik pulihkan diri. Sudah tahu saakit, jangan tidak berbuat apa-apa.
“Terima kasih juga buat mereka yang mendoakan saya. Tentang siapa orang yang buat itu, saya tak nak sebut nama. Ustaz juga tidak beritahu siapa dia. Saya tak pernah mengenali artis itu secara peribadi, jadi tak tahu apa masalah dia dengan saya,” katanya.
Jelas Azwan, itu bukan kejadian pertama dia disihir, malah menyedari ada segelintir pihak tidak gemar dengan caranya yang lantang dan celupar.
Bagaimanapun, kata Azwan, sukar untuk dia mengubah cara tersebut kerana sudah terbiasa menjadi diri sendiri.
“Sebab mulut? Arwah mak pun pernah berpesan. Peringatan itu telah lama saya dapat sebelum mak meninggal lagi. Ia akan sentiasa jadi ingatan, tetapi saya adalah saya.
“Bila kita terlalu celupar, terlalu lantang, bahayanya di situ. Perkara seperti ini boleh berlaku sebab orang marah.Tapi, saya reda.
“Saya ceritakan hal ini supaya pengikut ambil iktibar. Gara-gara mulut tak ada’ insurans’, orang marah, orang dendam. Saya reda walaupun berat. Apa yang penting, saya sudah sihat,” katanya.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online