“Perhatikan siapa imam tu? Bagi menjawab segala persoalan netizen”.
Itu antara komen yang ditinggalkan pengikut TikTok milik usahawan yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila apabila berkongsi video menunjukkan gelagat anaknya, Jebat Jayden sedang mendirikan solat.
Apa yang menarik perhatian netizen, dalam video berdurasi sekitar 49 saat itu turut kelihatan kelibat suaminya, Engku Emran sedang menjadi imam ketika berjemaah bersama isteri dan anaknya di rumah.
“Macam-macam kejadian ketika solat ya. Mommy rakam untuk kenangan. Kantoi pula dengan anak,” tulis Nabila pada kapsyen video tersebut.
Video yang dikongsikan Nabila, 37, sekali gus meyakinkan netizen bahawa dia masih lagi tinggal sebumbung bersama Engku Emran apabila kelihatan dengan jelas lelaki itu menjadi imamnya ketika bersolat.
Selain teruja melihat gelagat Jebat yang comel ketika bersolat, netizen turut teruja jika benar Nabila dan juga Engku Emran masih bergelar suami isteri dan hidup bahagia.
“Tidak bermakna jika kamu tidak berkongsi gambar kehidupan bahagia bermakna kamu tidak lagi bersama-sama,” kata seorang netizen.
“Alhamdulillah mereka masih lagi suami isteri,” komen seorang lagi netizen.
“Dalam video ini tuan puan kena faham dua perkara. Pertama kecomelan Jebat dan yang kedua, cuba perhatikan siapa imam itu? Bagi menjawab segala persoalan netizen,” kata seorang lagi pengikutnya.
Walaupun terdapat netizen mendakwa video yang dikongsikan itu adalah video lama, namun seorang lagi netizen membalas komen tersebut dengan memberitahu video berkenaan adalah baharu berdasarkan potongan rambut kanak-kanak berusia empat tahun itu.
Sebelum ini heboh apabila timbul khabar angin mengatakan bahawa perkahwinan Nabila dan juga Engku Emran goyah selepas wanita itu memadam semua gambar bersama suaminya dalam media sosial.
Bahkan, berita tentang masalah rumah tangga membabitkan kedua-duanya juga tular sehingga mendapat perhatian media di Indonesia.
Malah beberapa portal hiburan terkenal di negara seberang itu turut melaporkan bahawa pasangan tersebut dikhabarkan sudah bercerai dan menyifatkan Engku Emran seorang usahawan bukan orang atau lelaki sembarangan.
Untuk rekod, sebelum menikahi Noor Nabila tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online