Buat apa kami nak mengelirukan sultan kami, ini bukan replika, ini kapal sebenar, kata Ir Azhar Jumaat

encik gotenks
0

"Bukan kapal halimun (tetapi) kapal (dibina menggunakan) metal (logam) sebenar bukan daripada kayu. Ini bukan replika ini, ini kapal sebenar," kata Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Ir Azhar Jumaat.

Azhar memberi penjelasan itu berhubung pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) disifatkan sebagai 'halimun' oleh netizen berhubung skandal perolehan kapal berkenaan.

Azhar berkata, pihaknya tidak akan mengelirukan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sekali gus menyifatkan dakwaan yang dilontorkan berhubung pembinaan kapal itu tidak benar.

Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di Lumut Shipyard dalam pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini.

"Ramai buat dakwaan (kapal LCS adalah) halimun, kapal dibuat daripada kayu malah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

"Buat apa kami nak mengelirukan sultan kami. Anda boleh lihat lima kapal LCS ini sedang dibangunkan dan ini adalah apa yang dilakukan dengan lebih RM6 bilion yang kami terima," katanya pada sesi taklimat dan lawatan media ke limbungan berkenaan di pangkalan TLDM, hari ini.

Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima, setakat ini.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)