Umat Islam dinasihatkan tidak memelihara kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran.
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.
“Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Mohd Asri juga berkata tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad SAW menyuruh umatnya memelihara kucing tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing. – Bernama
Apa hukum pemilik biar kucing berak depan rumah jiran?
SHAH ALAM – Isu kucing berkeliaran dan membuang najis merata-rata bukan perkara biasa, malah menjadi antara perkara yang boleh mendatangkan permusuhan sesama jiran tetangga.
Akibat sikap kurang cakna tuan punya kucing yang menganggap perkara itu remeh, ia akhirnya meletakkan nyawa haiwan peliharaan mereka dalam bahaya sekaligus menjadi mangsa keadaan.
Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui, sebenarnya terdapat tindakan yang boleh diambil dari sudut agama sehingga tular semula video memaparkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan berkaitan isu kucing berak merata ini.
Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Azhar menegaskan dalam kes tersebut, kucing yang membuang najis di rumah orang tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah pemilik haiwan tersebut.
Beliau berkata, berdasarkan kitab Feqah, sesiapa yang menjadi mangsa boleh meminta pemilik kucing untuk membersihkan rumahnya, namun jika enggan, perlu dibayar ganti rugi.
“Elok dah hukum hakam….Maka kalau pemilik kucing enggan juga, boleh dilaporkan kepada kadi tapi takkan nak lapor kes kucing pada kadi?
“Jadi dalam kes begini, orang yang beriman dia tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan. Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tidak sejahtera Islamnya,” katanya.
Ustaz Azhar berkata, sekiranya pemilik kucing masih tidak mengendahkan aduan yang dibuat, maka harus untuk mangsa membuang haiwan peliharaan itu ke tempat lain.
“Kalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.
“Kita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tapi dia boleh hidup,” aktanya.
Terdahulu, video tersebut dimuat naik di media sosial pada 27 September 2013, namun ia tular semula.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Google