Memetik laporan dari portal hiburan Getaran, pelakon terkenal Azri Iskandar memberitahu kepada portal tersebut hasratnya untuk menukar nama kepada Azri Iskandar tidak kesampaian.
“Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua.
Menurut bekas suami kepada pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar ini, dia tidak dapat meneruskan hasrat menukar namanya itu kepada Azri Alexander jika anak-anaknya tidak bersetuju.
“Saya kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak tentang hal ini.
“Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya.
“Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.
“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
“Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar,” katanya.
Menurut Azri lagi, dia tidak tahu bagaimana penerimaan warga industri seni perfileman apabila dia membuat keputusan untuk menukar namanya itu beberapa hari lalu.
“Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun,” katanya lagi sambil tertawa kecil.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Getaran