Uncle Kentang sedih netizen speku dia 'rembat' dana awam, ingatkan rakan aktivis, dosa fitnah itu dosanya sungguh dasyat! ada bukti tapi tak akan saman

encik gotenks
0

"PIHAK itu sengaja mahu menjatuhkan saya."

Demikian jawapan aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang ketika mengulas isu kontroversi membabitkan dirinya yang dibangkitkan oleh seseorang yang juga terlibat dalam khidmat penyediaan van jenazah.

Kontroversi bermula apabila individu berkenaan mendakwa team khidmat ambulans yang dikendalikan Uncle Kentang lebih cenderung mengaut keuntungan dan berselindung di sebalik nama 'kebajikan' kerana mahu meraih sumbangan orang ramai.

Isu tersebut semakin hangat dan menjadi buah mulut netizen selepas individu berkenaan memuat naik beberapa hantaran di laman Facebook.

"Time nak beli ambulans guna dana awam. Merayu ayat-ayat sedih untuk raih simpati dari orang Islam.

"Bila ambulans dah beli, dia buat macam harta sendiri. Nak guna kena caj. Tak boleh bayar duduk diam-diam. Mudah betul buat duit," demikian tulis individu berkenaan dalam satu hantaran di Facebook.

Turut disertakan bersama hantaran tersebut adalah tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp antara waris pesakit dengan team ambulans kendalian Uncle Kentang.

Tampil menjelaskan isu berkenaan yang nyata memburukkan namanya, Uncle Kentang berkata ia adalah satu fitnah memandangkan perbualan WhatsApp tersebut hanya disiarkan separuh.

"Apabila waris pesakiit minta perkhidmatan ambulans, pihak saya mintanya cari dahulu ambulans dari kawasan berdekatan iaitu Puncak Alam. Ini kerana kami dari Puchong.

"Dalam kes ini, kami juga beri beberapa nombor ambulans lain yang berdekatan untuk pihak waris hubungi dahulu. Dan prosedur operasi standard (SOP) kami juga, setiap panggilan kami akan tanya, adakah kamu mampu bayar atau mahu bantuan daripada kami.

‌"Kami selidik dulu latar belakangnya, perlu bantuan katil, kerusi roda atau oksigen atau tidak? Kamu asnaf atau tidak? Dalam kes ini, waris beritahu mereka bukan asnaf.

"Tujuan pertanyaan ini kerana nak elak orang salah guna kemudahan. Bayar pun kadar yang sangat minima. Tak pernah kami caj bayaran penuh," katanya kepada mStar.

Uncle Kentang turut memuat naik perbualan WhatsApp versi penuh di laman Facebook miliknya.

"Apabila perkara ini diviralkan oleh pihak lagi satu dan sampai ke pengetahuan saya, saya cuba confront dengan waris pesakiit.

"Saya boleh saman dia, tapi saya memilih untuk tak saman. Saya ada bukti iaitu perbualan penuh WhatsApp antara team saya dan waris pesakiit.

"Saya tak pasti adakah dia (waris pesakiit) sengaja sogok individu itu dengan berita palsu, atau individu itu yang tak siarkan perbualan penuh. Tapi bila saya confront, dia (waris pesakiit) minta maaf kepada saya," ujarnya lagi.

Mengakui sedikit terkesan dengan penularan kontroversi berkenaan, Uncle Kentang berkata dia enggan mengambil tindakan lanjut kerana masih banyak perkara berkaitan kebajikan yang lebih memerlukan perhatiannya.

"Bagi saya, kita harus maafkan orang yang tak tahu dan bagi peluang kepada orang untuk insaf. Fitnah lebih besar dosanya daripada membuunuh. Lebih-lebih lagi ajak orang memfitnah secara berjemaah.

"Subjek (waris pesakiit) pun dah memohon maaf kepada saya tapi individu itu masih nak menegakkan benang yang basah. Itulah bahaayanya berita palsu. Pengguna media sosial kena pandai, jangan terpengaruh dengan berita palsu.

"Dunia sukarelawan ini tak perlulah kita nak berIumba. Kita cari solusi terbaik demi bangsa dan negara. Sebab itu saya tak nak layan, cara saya adalah maju ke depan," ujarnya lagi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)