Siapa yang tak nak kahwin, mestilah saya pun nak..., kata Siti Saleha

encik gotenks
0

"Kehidupan sekarang ini gembiralah, bahagia. Sudah tentu saya ada mencari, sudah tentu nak kahwin lagi dan sudah tentu semua itu ada. Saya tak adalah trauma selepas perceraian atau trauma untuk berkenalan dengan orang lain."

Demikian kata pelakon popular, Siti Saleha ketika ditanya mengenai kehidupannya selepas bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu.

Bagaimanapun, Siti Saleha, 32, berkata, buat masa sekarang tidak ada sesiapa yang mendekati dirinya.

"Saya bersedia untuk 'move on'. Ia bergantung sebab pengalaman saya lain dan saya sedia untuk 'move on' walaupun baru saja, tetapi saya fikir Allah nak bagi yang terbaik lagi.

"Saya tak kisah orang biasa atau tak. Setakat ini tiada yang mendekati. Walaupun orang cakap mesti ramai akan mesej saya tapi tak ada pun. Saya mesej orang adalah," katanya.

Dalam masa sama, Siti Saleha yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku mengakui pengalaman dilalui itu membuatkan dirinya takut jika kesilapan sama berulang.

"Saya nak yang 'simple' (mudah) saja. Saya hanya mahu menjadi seperti 'seen and cherish' (dilihat dan dihargai) itu saja. Sudah tentu kali ini saya kena berhati-hati. Saya tak nak ulang kesilapan yang sama. Tapi dalam masa sama itu yang membuatkan saya menjadi takut. Saya memang takut kalau perkara itu berulang lagi. Saya memang kena hati-hati dan pandai untuk pilih. .

"Sebelum ini, bila kahwin itu memang terkejar-kejar, jadi untuk akan datang mungkin saya akan ambil masa dulu. Kalau betul sudah jumpa lelaki itu saya akan bertenang dulu. Usia pun makin meningkat, sekarang saya sudah 32 tahun, kalau boleh insya-Allah nak keluarga yang baik," katanya.

Siti Saleha melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Siti Saleha dipilih menjadi juri tetap program Muzikal Lawak Superstars 3 bersama dua lagi juri lain iaitu Datuk Awie dan Najip Ali.

Muzikal Lawak Superstars 3 mula bersiaran pada 22 Julai ini, setipa Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan ditayangkan di saluran Astro Warna (saluran 107).

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)