Shuk Sahar menyesal atas perbuatannya, rayu dengan Sera, janji takkan kahwin dengan penyondol

encik gotenks
0

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal, Shuk Sahar ada memuat naik video di laman tiktoknya yang dia berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam.

Video tersebut telah menarik perhatian netizen kerana ramai yang sedia maklum akan pergolakan rumahtangganya dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Lagi menghangatkan lagi suasana, Sera juga bertindak memuat naik satu video yang meminta agar bekas penyampai radio itu menjaga dirinya.

Dalam video tersebut juga, Sera akan berkongsikan screen shot yang memaparkan pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar memohon agar diberi peluang untuk berubah ke arah lebih baik.

Saya tengah nak berubah. Saya nak jadi orang baik. Saya janji tak akan kahwin. Saya tengah usahakan. Untuk saya nak balik.

Saya akan bagi awak dan anak-anak senang. Awak tak tahu apa saya lalui. Saya sakiit. Saya sunyi. Kalau saya tak kuat.

Demi Allah, Lillahi Ta’ala bahagia saya memang awak. Cuma saya bodoh tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf.

Sera bagaimanapun membalas teks tersebut "‘Berubah la Shukri. Aku tak pernah melarang. Aku sampai hari ini selalu nasihat dan menyokong kau pun.’"

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan ketabahan hati Sera walaupun ujian datang berkali-kali.

Ada juga yang menulis, apabila seorang perempuan sudah move on jangan haraplah lagi untuk hatinya berpatah balik setelah berkali-kali peluang diberikan namun tidak dihargai.

Ada juga beberapa komen yang mengingatkan Sera agar berhati-hati dan jangan mudah termakan dengan pujuk rayu orang lelaki.

Mereka juga mendoakan agar Sera bertemu dengan cinta sejati dan dengan lelaki yang menghargainya dan benar-benar cinta kepadanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : TikTok @rossa.sera

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)