Serbuk inai ini asli dan ditapis sebanyak 9 kali, sebab itu, warna dia boleh jadi terang dan gelap, kata Neelofa

encik gotenks
0

Pasti ramai tahu selebriti popular, Noor Nelofa muncul dengan produk keluaran terbaru iaitu Inai NunHa yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Bagaimanapun, hangat diperkatakan apabila rata-ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.

Inai Neelofa yang dikeluarkan di bawah jenama Nun Ha menjadi tular di kalangan rakyat Malaysia dek warnanya yang gelap dan punya kelainan berbanding warna inai biasa.

Malah, ada kalangan netizen yang menggelarkan warna kuku inai Neelofa seperti warna jari yang tersepit pintu neraka.

Tatkala ditemui pihak media di majlis pelancaran tudung terbarunya iaitu Naelofar x Disney Alice In Wonderland, Neelofa berkata, warna yang terhasil itu adalah warna yang asli dan bukan ditambah sebarang pewarna tiruan.

“Perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum mengeluarkan inai ini ialah saya tidak mahu ia mempunyai sebarang kandungan bahan kimia, pewarna makanan atau benda yang pelik-pelik untuk warnanya cepat resap dan sebagainya.

“Berpuluh sampel yang diberikan. Ada yang dua tona, yang boleh keluar warna, tak keluar warna, warna merah serta warna maroon.

“Akhirnya mereka bawa serbuk inai kepada saya. Perancangan awal bukan untuk jual serbuk pun.

“Ketika itu saya kata, apa kata kita jual yang serbuk ni dan biar pembeli bancuh sendiri. Kerana serbuk ini adalah serbuk inai asli yang telah ditapis sebanyak sembilan kali.

“Kalau kita buat inai sendiri dan kita tumbuk lumat-lumat, warnanya lebih cantikkan? Sama dengan inai saya ini, sebab ia adalah sejenis super fine powder. Sebab itu, warna dia boleh jadi terang dan gelap,” jelasnya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Getaran

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)