Selalu selalu minta bawa balik kekasih baru, kata Shila Amzah

encik gotenks
0

Meskipun baru saja beberapa bulan bercerai, penyanyi Shila Amzah sudah berdepan soalan cepumas daripada neneknya.

Baru-baru ini, perkongsian Shila Amzah menjadi perhatian ramai apabila neneknya sudah mula bertanyakan mengenai kekasih baru.

Menerusi kapsyen tersebut, penyanyi itu seolah ‘pening’ dengan permintaan neneknya itu kerana dia belum lagi mempunyai pengganti.

“Not my grandma kept on asking me to bring my new boyfriend home when I don’t have any,” tulisnya.

‌Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui turut berdepan soalan sama apabila mereka pulang ke kampung atau bertemu saudara mara.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen lelaki berseloroh menawarkan diri mereka untuk menjadi kekasih Shila.

Terdahulu, Shila berkahwin dengan Haris pada April 2018 sebelum mengumumkan bercerai pada Februari lalu. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais kini berusia tiga tahun.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)