Saya tak ada 'share' satu sen pun dalam Crackhouse, kata Afdlin Shauki

encik gotenks
0

"Kalau saya tahu awal, saya rasa saya takkan berada di posisi yang sama," kata pelakon, pengarah filem dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki berkenaan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse yang mencetuskan kemarahan ramai.

Afdlin yang tampil secara langsung dalam program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi berkata, dia pernah dua kali masuk ke Crackhouse dan mendapati tiada konten yang keterlaluan ketika berada di situ.

"Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan.

"Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghiina. Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkoh0I.

"Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki," katanya.

Afdlin turut menjawab pertanyaan Amin bahawa dia tidak mempunyai sebarang kepentingan atau 'share' dalam kelab komedi ini seperti sangkaan ramai.

"Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.

‌"Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu," katanya.

Amin seterusnya bertanyakan soalan berkenaan Rizal Van Geyzel yang kerap mencetus isu perkauman dalam persembahannya dan Afdlin bersetuju agar diambil tindakan.

"Jika mereka salah huumban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha!

"Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung.

"Jadi kalau didapati salah, ambil tindakan. Kalau tak salah, terserah pada mahkamah.

"Pada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghiina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)