Saya sudah letih jadi cikgu, tidak semua hargai kami…, kata guru

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Meskipun begitu, ramai guru yang tidak mengendahkan stres yang dialami dek kerana yakin semua tekanan tersebut adalah berbaloi memandangkan mereka adalah arkitek generasi masa depan negara.

Namun, tidak semua dapat menahan tekanan tersebut, ditambah lagi dengan sikap tidak prihatin masyarakat di luar sana yang sering memperlekehkan tugas-tugas guru.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

*****

Ya, saya seorang cikgu.

Ya, waktu saya sakiit saya masih ke sekolah..

Waktu saya kena serangan hypokalemic periodic paralysis, saya masih memanjat tangga tingkat tiga untuk mengajar..

Tak sakiit ke?

Gila tak sakiit!

Tapi rasa lebih sakiit bila terbaca satu hantaran yang penuh emosi memanggil cikgu-cikgu dengan panggilan ‘cikgu b0doh’.

Pasal graduasi, dipanggil cikgu bod0h.

Pasal jamuan, dipanggil cikgu b0doh.

Pasal meraikan pelajar berjaya, dipanggil cikgu b0doh.

Pasal kutip duit seringgit untuk beli hadiah bersara, dipanggil cikgu b0doh.

Pendek kata apa jua isu yang berlaku, adalah kerana cikgu.

Cikgu ni b0dohlah..

Wahai puan-puan yang cerdik pandai, Usahlah hantar anak kamu kepada kami.

Didiklah sendiri..

Kang terjangkiit bod0hnya nanti besar pula bala yang menanti.

Puan-puan tak tahu saban kali ada murid yang datang mengadu:

“Cikgu, duit saya hilang.”

Cikgu bod0h ni seluk handbag dan gantikan.

“Cikgu, mak belum datang ambil.”

Cikgu bod0h ni tengok jam dah lewat petang lepas tu tanya, rumah awak kat mana meh cikgu hantarkan.

“Cikgu, saya tak dapat join kem ni sebab mak tiada duit”

Cikgu bod0h ni pandang tepat ke dalam mata murid dan berkata tak apalah…awak datang je kem tu, sayang sangat kalau awak tak masuk. Tidak apalah cikgu bayarkan.

Murid berminggu tak datang sekolah, cikgu bod0h yang mengandung 6 bulan panjat tangga rumah flat ketuk pintu tanya kenapa awak tak datang.

Murid baru bangun tidur terpisat-pisat menggosok mata dengan ibu bapa ada di sebelah.

Mak saya sangat bangga bila saya jadi cikgu dulu.

Tapi kini saya sering bagitahu mak yang saya sudah letih jadi cikgu.

Tidak semua ibu bapa yang tidak hargai kami,

Ada yang pekertinya mulia sekali.

Tapi, dipanggil bod0h…

Ish-ish… Adab dah ke mana?

Kamu kata kalau tak buat jangan terasa,

Masalahnya kamu sebut cikgu,

Kami semua bergelar cikgu!

Waktu saya warded kerana hypoKPP, saya masih marking paper di hospital.

Rata-rata doktor yang datang ambil daarah saban hari akan tanya:

“Seronok tak jadi cikgu?”

Aish nak senyum dan jawab rasa serba tak kena

Jiwa cikgunya masih ada, tapi sudah hampir maati rasanya!

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)