Rasa sedih tinggal anak, masa tengok wayang pun asyik tengok gambar Amir di telefon, kata Mira Filzah

encik gotenks
0

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, memaklumkan dia tidak kisah untuk kembali awal ke set pengambaran jika menerima tawaran naskhah yang bagus dan menarik.

Perkara tersebut dikongsikan bekas pengacara rancangan Nona itu selepas ada seorang peminat bertanya bilakah pelakon itu ingin kembali ke set, menerusi ruangan AskMe di Instastory.

“Bila anda akan memulakan penggambaran semula? Sangat merindui awak,” tanya seorang peminat.

Menurut Mira, dia mendedahkan buat masa ini bukan mudah bagi dirinya untuk meninggalkan putera sulungnya, Wan Khair Amir, bagi urusan kerja.

“Sebenarnya kalau ada naskhah yang betul-betul bagus dan menarik, saya tidak kisah untuk mula pengambaran awal.

“Semalam keluar menonton Mat Kilau pun mata asyik melihat jam dan gambar Amir di skrin telefon sahaja. Rasa sedih tinggal dia padahal pergi tengok wayang sahaja.

‌“Hm itu lah. Nak tinggalkan Amir untuk kerja dua ke tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan yang baru bergelar ibu,” katanya.

Sekadar informasi, Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020

Hasil perkahwinan , pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu selamat melahirkan bayi sulung mereka jam 3.40 pagi pada 9 Syawal lalu, di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)