SAARANI Mohamad (kanan) menuai sayur kobis ketika merasmikan Petak Promosi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Perak di JaIan Sturrock, lpoh, Perak, hari ini.
IPOH: Kerajaan negeri menyasarkan peruntukan RM3.1 juta di bawah kempen Kebun Kita akan memanfaatkan 36,508 rakyat di negeri ini meIaIui program pertanian bandar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi kempen tersebut, rakyat digaIakkan menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara mengurangkan perbelanjaan dapur sekaligus menurunkan kos sara hidup.
Katanya, peruntukan itu membabitkan bantuan projek individu dengan jumlah peserta seramai 7,657 orang dan projek komuniti dengan 1,470 peserta.
“Kerajaan negeri meIalui Jabatan Pertanian Perak telah mewujudkan kempen yang diberi nama Kebun Kita bagi menggerakkan agenda memperkasa aktiviti pertanian dalam kalangan masyarakat.
lnisiatif kempen ini bertujuan menggalakkan dan membudayakan rakyat Perak untuk menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di halaman rumah.
“Kita berharap usaha ini dapat mencetuskan kecintaan masyarakat terhadap bidang pertanian, bermula dengan mengusahakan ‘kitchen garden’ atau taman sayur di halaman masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Petak Promosi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Perak di Jalan Sturrock, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Pertanian Perak, Norsiyenti Othman.
Menurut beliau, kempen Kebun Kita juga bertepatan dengan slogan ‘Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam, selebihnya boleh jual atau bersedekah’.
BKatanya, selain menjimatkan belanja dapur, tanaman sendiri juga membolehkan rakyat menikmati sayur dan buah-buahan segar yang bebas tanpa penggunaan bahan kimia.
“Sebagai makIuman, tanaman yang ada di Petak Promosi Urban Farming ini merupakan pusingan tanaman yang kedua.
Pusingan pertama telah ditanam dengan pokok markisa, petola, timun, kangkung, bayam braziI, sawi, kailan, pak choy, terung dan cili merah. Hasil pusingan pertama yang telah dituai mencecah hampir 200 kilogram.
“Bagi pusingan kedua, tanaman markisa masih dikekalkan di samping tanaman semula pokok petola, kangkung, bayam brazil, cili padi, terung dan kobis tanah rendah,” katanya.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online